Ulasan / Review

10 Game paling popular di Steam store

Kebanyakan golongan muda masa kini menghabiskan masa mereka dengan barangan elektronik, dan rata-rata bermain online game. Pelbagai game menawarkan pelbagai pengalaman yang menarik, sama ada dari kepuasan dalam menewaskan naga mahupun mengembara di sebuah dunia baru. Bagi game yang khas untuk PC, kebanyakan game boleh didapati di Steam Store, sama ada percuma mahupun berbayar.

10. Rust

Genre: Multiplayer, RPG, Pengembaraan

Menyokong controller: Tidak

Harga: RM 90 (tidak termasuk DLC)

Tahun terbitan: 2018

Jumlah pemain: 58 juta

Sebagai multiplayer game, Rust mengetengahkan pengalaman kelangsungan hidup. Binatang buas boleh menjadi ancaman, tetapi pemain yang lain adalah ancaman utama bagi anda. Gamer mesti sentiasa diberi makan atau mati kebuluran. Rust boleh dikira sebagai game yang boleh dimainkan secara santai, tetapi masih juga memberikan cabaran yang menarik untuk para gamer.

9. Grand Theft V

Genre: Singleplayer, Pengembaraan

Menyokong controller: Ya

Harga: RM 29 (tidak termasuk DLC)

Tahun terbitan: 2015

Jumlah pemain: 65 juta

Berkisar pengembaraan, GTA V memberi peluang kepada anda untuk menyelesaikan misi di sebuah bandar raya Los Santos yang terletak di wilayah San Andreas. Anda boleh meneroka sebuah dunia terbuka, dan memainkan game ini mengikut rentak anda sendiri.

8. Destiny 2

Genre: Multiplayer/Singleplayer, RPG, Pengembaraan, Pertarungan

Menyokong controller: Ya

Harga: Percuma (tidak termasuk DLC)

Tahun terbitan: 2017

Jumlah pemain: 67 juta

Destiny 2 adalah sebuah game yang berkisarkan dunia fantasi alam semesta di mana anda boleh menjadi seorang guardian yang melindungi kelangsungan hidup manusia di bumi daripada serangan makhluk asing. Menawarkan game dalam bentuk pvp dan juga pve, Destiny memberikan jenis pemain mengikut cita rasa anda sendiri. Berminat bermain pve, anda boleh main Strikes, Dungeon, Raid. Berminat bermain pvp (bertarung dengan pemain yang lain), anda boleh main Crucible, Trial of Osiris atau pun Iron Banner. Berminat main kedua-dua mod tersebut, anda boleh mencuba Gambit.

7. Team Fortress 2

Genre: Multiplayer, RPG, Pertarungan

Menyokong controller: Separuh

Harga: Percuma (tidak termasuk DLC)

Tahun terbitan: 2007

Jumlah pemain: 88 juta

Team Fortress 2 adalah sebuah game di mana anda memilih satu daripada sembilan karakter untuk bertarung dengan pemain lain dan pada yang sama bekerjasama dengan rakan sekutu untuk memenuhi objektif. Antara game yang dikira sebagai terbaik sehingga sekarang, Team Fortress 2 memberikan satu pengalaman yang unik untuk anda. Sebelum wujudnya Overwatch, Team Fortress adalah game yang menawarkan ciri game yang berbentuk payload.

6. PUBG

Genre: Multiplayer, Pertarungan

Menyokong controller: Tidak

Harga: Percuma

Tahun terbitan: 2017

Jumlah pemain: 113 juta

PUBG adalah game yang tidak asing lagi bagi orang Malaysia, terutama bagi mereka yang bermain secara mobile. PUBG juga ditawarkan untuk mereka yang memiliki PC.

5. ARK: Survivor Evolved

Genre: Multiplayer, RPG, Pengembaraan, Aksi

Menyokong controller: Ya

Harga: RM 51 (tidak termasuk DLC)

Tahun terbitan: 2017

Jumlah pemain: 120 juta

ARK adalah satu game yang berbentuk pengembaraan dan kelangsungan hidup. Berkisar pada zaman purba di mana dinosaur masih lagi menghuni bumi, anda sebagai pemain meneroka dunia fantasi ini. Uniknya dalam game ini, anda boleh memelihara hidupan mahupun pelbagai makhluk lain. Selain itu, anda boleh mencipta senjata sendiri. Pemain juga boleh membina pelbagai struktur di dunia ini.

4. Apex Legend

Genre: Multiplayer, RPG, Pertarungan

Menyokong controller: Ya

Harga: Percuma (tidak termasuk DLC)

Tahun terbitan: 2020

Jumlah pemain: 140 juta

Apex Legend antara game yang popular khusus buat peminat pvp. Kebiasaannya, setiap pertarungan merangkumi 20 pasukan yang masing-masing terdiri daripada tiga pemain. Gamer boleh menyertai rakan mereka, atau dipadankan dengan gamer lain. Terdapat banyak (buat masa sekarang: 22) karakter unik yang boleh anda mainkan. Apex Legend boleh dikira sebagai satu pertandingan esport.

3. Lost Ark

Genre: Multiplayer, RPG, Pengembaraan

Menyokong controller: Ya

Harga: Tidak tersedia di Malaysia

Tahun terbitan: 2022

Jumlah pemain: 210 juta

Sedihnya, game ini tidak tersedia di Malaysia. Awak semua boleh lupakan game ini!

2. DOTA 2

Genre: Multiplayer, Strategi, Pertarungan

Menyokong controller: Tidak

Harga: Percuma (tidak termasuk DLC)

Tahun terbitan: 2013

Jumlah pemain: 320 juta

Antara game yang masih popular di Malaysia biarpun sudah sekian lama diterbitkan, DOTA 2 adalah game yang berbentuk strategi pertarungan. Sebut sahaja DOTA, budak-budak sekolah, mahupun Universiti pasti kenal akan game ini. Housemate admin, waktu zaman Universiti dulu main DOTA pada minggu peperiksaan, tapi masih dapat First Class Degree! Yang acah-acah study macam admin ni, Dean List pun tak pernah dapat.

1. Counter Strike : Global Offensive

Genre: Multiplayer, RPG, Aksi

Menyokong controller: Ya

Harga: Percuma (tidak termasuk DLC)

Tahun terbitan: 2012

Jumlah pemain: 400 juta

Game yang dikira legend! Counter Strikes antara game yang popular di zaman dahulu, hingga sekarang. Budak-budak yang selalu pergi ke Cyber Cafe pasti kenal akan game ini!

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp