GamingUlasan / Review

Akan lebih banyak game Playstation tersedia untuk PC

Umumnya kebanyakan game yang direka khas untuk Playstation tidak akan tersedia untuk PC.

Game popular seperti Ratchet and Klank, Kena Bridge of Spirits, Bloodborne,  Ghost of Tsushima sememangnya eksklusif untuk PlayStation.

Game yang eksklusif ini menunjukkan perbezaan jelas akan pemilikan game yang disediakan mengikut platform. Persaingan sengit antara Xbox dan Playstation dalam industri gaming adalah sangat jelas berikutan beberapa pemerolehan yang berlaku semenjak kebelakangan. Pada tahun 2022 sahaja Sony (pemilik Playstation) melakukan pengambilalihan Bungie (pemaju Destiny 2) dengan nilai 3.7 billion USD. Microsoft (pemilik Xbox) pula bakal memilik Activision-Blizzard (pemaju Overwatch, Call of Duty, Warcraft, Diablo).

Dengan lebih banyak permintaan untuk multi-player cross-platform gaming, game yang terhad untuk satu platform sahaja kelihatan kurang menarik buat masa kini. Orang ramai pula ingin berkongsi pengalaman bergaming dengan rakan yang bermain di platform yang lain.

Kali ini, Sony memilih untuk menawarkan game untuk PC; yang pada mulanya khas untuk Playstation. Game seperti Horizon Zero Down (terbitan di Playstation tahun 2017), dan God of War (terbitan di Playstation tahun 2018) telah tersedia di PC pada tahun 2022. Sony juga bakal menerbitkan Spider-Man (terbitan di Playstation tahun 2018) untuk PC.

Bagi Sony, langkah ini untuk menambah baik jualan dan pendapatan serta mengukuhkan kedudukan mereka di industri gaming ini. Bagi para gamer pula, menawarkan game yang pada mulanya eksklusif untuk Playstation; kini juga untuk PC ini memberikan peluang untuk bermain pelbagai game tanpa terikat dengan mana-mana platform. Admin berpendapat, ini adalah situasi menang-menang antara gamer dan pemaju game.

Akhir sekali, menurut Playstation blog pula, Uncharted: Legacy of Thief yang sebelum ini eksklusif untuk Playstation bakal tersedia untuk PC. Selain itu, The Last of US Part 1 (pada mulanya hanya untuk Playstation) juga akan tersedia untuk PC.

One thought on “Akan lebih banyak game Playstation tersedia untuk PC

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp