Ulasan / Review

Alba: A Wildlife Adventure – Ulasan / Review

Alba A Wildlife Adventure adalah satu game yang admin boleh katakan sebagai sangat kasual. Admin berpeluang untuk bermain game ini setelah ia ditawarkan secara percuma di Epic Game Store.

Mengisahkan seorang budak perempuan bernama Alba Singh yang dipelawa untuk meneroka sebuah pekan fiksyen kecil bernama Scarral di Sepanyol. Alba A Wildlife Adventure ini seakan-akan satu pengembaraan dalam meneroka sebuah pulau percutian di samping mengetengahkan isu peka akan alam sekitar.

Grafik

Alba A Wildlife Adventure dibina menggunakan Unity. Grafik yang agak ringkas. Namun, kualiti grafiknya masih dikekalkan pada tahap yang baik. Alba mengingatkan admin akan game-game yang sering kali dimainkan di Switch mahupun Game Boy. Oleh kerana grafik yang ringkas, anda tidak perlu memiliki RTX 40s untuk main game ini.

Jalan Cerita

Alba dipelawa untuk tinggal bersama datuk dan neneknya semasa musim cuti. Selepas menyelamatkan seekor ikan paus, Alba dan kawannya yang bernama Ines meneruskan pengembaraan mereka untuk menyelamatkan alam sekitar di pekan Scarral.

Pelbagai usaha yang mereka lakukan, seperti mendapatkan tanda tangan daripada orang ramai bagi membantah pembinaan hotel mewah di kawasan lindungan hidupan liar yang berdekatan. Anda sebagai Alba juga perlu membuat katalog yang menyenaraikan semua hidupan liar seperti burung dan haiwan lain di Scarral bagi menambah kesedaran orang ramai akan kehidupan liar di pulau tersebut.

OST / Musik

Alba A Wildlife Adventure menyajikan musik latar belakang yang dipengaruhi budaya Sepanyol. Musik yang santai mampu menghidupkan suasana kehidupan di sebuah pekan yang jauh dari bandar besar. Tidaklah segempak manapun, tetapi musik dalam game ini sangatlah santai dan relaks.

Mekanik game / tahap

Bagi admin, Alba A Wildlife Adventure sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Mekanik adalah sangat ringkas dan mudah difahami. Sesiapa sahaja mampu untuk mengikuti rentak game ini. Selain itu, game ini tidak memerlukan anda untuk menghabiskan masa bagi menyelesaikan sesuatu quest. Juga bersifat single player, Alba tidak memerlukan anda untuk bermain bersama orang lain.

Verdict / Keputusan

Bagi admin, Alba A Wildlife Adventure ditawarkan pada harga yang berpatutan. Banyak juga pengajaran yang boleh kita ambil daripada game ini. Buat mereka yang mempunyai anak kecil, Alba sangat sesuai untuk dimainkan bersama. Sesuatu yang jarang admin jumpa, game ini juga boleh dimainkan di smartphone selain di PC (menerusi Steam / Epic Game Store) mahupun konsol.

Anda juga mungkin menyukai: Bila jualan murah Steam?

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp