GamingTips & Tricks

Arc Warlock Build – Renjatan elektrik tanpa henti

Arc merupakan satu daripada lima jenis elemen yang wujud dalam game Destiny 2, selain daripada Void, Solar, Stasis dan Strand. Semenjak pengolahan semula abiliti 3.0, corak permainan Arc Warlock menjadi lebih serba guna dan boleh disesuaikan mengikut situasi mahupun gaya permainan masing-masing.

Arc Warlock sering kali dikaitkan dengan karakter Darth Sidious yang juga dikenali sebagai Emperor Palpatine daripada filem Star Wars Episode: III Revenge of the Sith.  Babak yang paling popular adalah semasa Emperor Palpatine memancarkan petir daripada jarinya.

Untuk kali ini, admin kongsikan satu Arc Warlock build yang menampilkan helmet eksotik Crown of Tempests.

Exotic & Super

Helmet Crown of Tempest membawakan banyak kelebihan dalam penggunaan Arc damage. Apabila Conduction Tines diaktifkan dengan setiap Arc kill,  ia akan dapat mengurangkan tempoh cooldown Arc ability seperti Arc grenade dan melee, di samping memanjangkan tempoh Super Stormtrance. Oleh kerana, eksotik ini memberikan sinergi yang terbaik dengan Stormtrance, anda wajib menggunakan Super ini.

Grenade & Melee

Storm grenade atau Lightning grenade adalah sangat sesuai digunakan untuk build ini. Hal ini demikian kerana, ia mampu membunuh musuh kecil dalam sekelip mata, bagi mengaktifkan Conduction Tines. Chain Lightning melee juga menambah jangka hayat Conduction Tines  dalam pertempuran.

Aspect & Fragment

Dua aspect yang perlu diterapkan dalam build ini adalah Electrostatic Mind dan Arc Soul. Kedua-dua aspect ini memberikan anda dua slot fragment, menjadikan jumlah fragment kepada empat. Menewaskan pihak musuh menggunakan Arc ability akan menghasilkan Ionic Trace, sekiranya Electrostatic Mind digunakan. Mengumpulkan Ionic Trace pula, menjadikan anda Amplified.

Manakala, Arc Soul membolehkan anda untuk mengaktifkan Arc Soul semasa healing atau empowering rift diaktifkan. Arc soul berperanan sebagai turret yang menembak musuh di sekeliling secara automatik dan mampu mengaktifkan Conduction Tines.

Empat fragment yang digunakan untuk build ini adalah Resistance, Shock, Magnitude dan Ion. Apabila anda dikerumuni oleh banyak musuh semasa menggunakan Spark of Resistance, anda akan bertahan dengan lebih lama dan menyerap lebih banyak serangan musuh. Selain itu, Resistance juga memberikan anda +10 kepada Strength (Melee). Biarpun anda akan mendapat -10 penalti kepada Discipline (Grenade), namun Spark of Shock, membolehkan anda untuk menyentak (jolted) dan melemahkan pihak musuh.

Hal ini membolehkan anda untuk menewaskan mereka dengan cepat. Sekiranya musuh telah disentak (jolted), anda boleh mendapatkan Ionic Trace daripada mereka dengan memakai Spark of IonSpark of Magnitude pula memanjangkan tempoh Lightning dan Storm grenade. Jikalau dilihat secara umum, semua aspect dan fragment memberikan sinergi yang baik dengan penggunaan eksotik Crown of Tempest.

Armor Mod / Mod baju perisai

Build ini memerlukan enam Armor Mod asas iaitu Bomber, Elemental Ordnance, Seeking Well, Bountiful Well, Font of Wisdom, Hands On, dan Elemental Light. Bomber membolehkan anda untuk menyingkatkan masa cooldown Arc grenade, selepas mengaktifkan Rift. Elemental Ordnance pula memberikan anda elemental well, apabila musuh ditewaskan dengan Arc grenade milik anda. Admin berpendapat Seeking Wells mod agak penting dalam build ini, kerana elemental well akan bergerak sendiri kepada anda, membolehkan anda untuk lebih fokus kepada misi.

Bountiful Well pula menjamin lebih banyak elemental well tersedia untuk anda. Font of Wisdom juga diguna pakai bagi mempercepatkan ketersediaan Super Stormtrance. Di samping itu, anda akan mendapat Super dengan lebih cepat sekira dapat menewaskan musuh-musuh menggunakan melee dan memakai Hands-on mod. Manakala, Elemental Light memberikan anda elemental well seusai sahaja anda menggunakan Super.

Weapon / Senjata

Penggunaan Arc Warlock build ini amat sesuai dipadankan dengan RiskRunner atau Trinity Ghoul. Kedua-dua senjata eksotik ini berelemen Arc. Kedua-dua senjata ini juga mampu menewaskan banyak musuh dalam sekelip mata menggunakan Arc damage, dan sejurus itu, memberikan anda Amplified buff. Amplified buff mengurangkan masa reload, menambah kelajuan larian, dan penukaran senjata semasa pertempuran.

Bagi penggunaan senjata lain pula, anda boleh memilih senjata yang memiliki perk Thresh, atau Wellsping. Puglist atau Demolitionist juga boleh dipakai. Rata-rata perk ini, membantu anda untuk mendapatkan abiliti Arc secepat mungkin.

Akhir Kata

Admin telah menggunakan build ini banyak kali, sama ada GM Nightfall atau Legendary Lost Sector secara solo. Pada pendapat admin, Arc 3.0 tidaklah sebaik Void 3.0. Namun begitu, Arc 3.0 menjadi lebih berbisa apabila sinergi antara abiliti dan senjata diguna pakai dalam pertempuran. Harap anda dapat mengguna pakai build ini dalam Destiny 2! Selamat bergaming!

Anda juga mungkin menyukai: Warlock dan Contraverse Hold

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp