Ulasan / Review

Bila jualan murah Steam?

Dimiliki Valve, Steam merupakan antara platform gaming yang besar. Memberikan kemudahan seperti kemas kini game secara automatik, penyimpanan progres game secara awan, Steam memberikan satu kemudahan yang baik buat para gamer.

Steam kebiasaannya melancarkan pelbagai jualan murah secara bermusim sepanjang tahun dengan potongan harga sehingga 75%. Jualan murah ini memerikan peluang kepada para gamer untuk mendapatkan game murah yang pada kebiasaannya dijual pada harga kayangan. Terdapat tujuh jualan murah utama yang sering dianjurkan oleh Steam iaitu: 

Februari: Steam Lunar New Year Sale

(Selama 1 minggu) Jualan murah ini dilakukan sempena Tahun Baru Cina dan juga bagi mereka yang mengikuti Takwim Qamari. Ratusan game di Steam dijual pada harga paling murah!

Lunar New Year Sale
Jualan Murah Takwim Qamari

April: Steam Golden Week Sale

(Selama 1 minggu) Jualan murah ini dilakukan bersempena dengan Golden Week di Jepun. Golden Week memberikan satu cuti umum yang agak panjang di Jepun. Walaupun cuti ini hanya disambut di Jepun, namun jualan murah pula dibuka khas untuk semua tanpa mengira negara.

Golden Week Sale
Jualan Murah Minggu Keemasan

Mei: Steam Spring Sale

(Selama 1 minggu) Khas bersempena dengan musim bunga di hemisfera utara, Jualan murah ini juga memberi peluang untuk para gamer di seluruh dunia bagi mendapatkan game pada harga yang paling murah!

Steam Spring Cleaning
Jualan Murah Musim Bunga

Jun: Steam Summer Sale

(Selama 2 minggu) Selain Winter Sale, Steam Summer Sale adalah hanya dua Jualan murah yang dilangsungkan selama dua minggu. Jualan murah ini bersempena dengan cuti musim panas di hemisfera utara.

Steam Summer Sale
Jualan Murah Steam Musim Panasa

Oktober: Steam Halloween Sale

(Selama 1 minggu) Halloween Sale adalah jualan murah pada bulan Oktober bersempena dengan perayaan Halloween. Seperti jualan mudah Steam yang biasa, Steam Halloween Sale hanya berlangsung selama seminggu.

Steam Halloween Sale
Jualan Murah Pesta Halloween

November: Steam Black Friday/ Autumn Sale

(Selama 1 minggu) Steam Black Friday Sale berlangsung berikutan jualan murah besar-besaran Black Friday di Amerika Syarikat. Kebiasaannya, pasar raya dan peruncitan memberikan diskaun pada harga runtuh. Valve juga tidak ketinggalan untuk menawarkan game di Steam pada harga murah!

Black Friday Sale
Jualan Murah Black Friday

Disember: Steam Winter Sale

(Selama 2 minggu) Sebelum menjelmanya Tahun baru, Valve menawarkan Steam Winter Sale. Winter sale ini sangat dinanti-nantikan kerana ia berlangsung pada hujung tahun untuk dua minggu.

Steam Winter Sale
Jualan Murah Musim Dingin

Tips membeli game yang ada pada Steam game store:

Gunakan wishlist.

Tandakan game yang anda inginkan menggunakan wishlist. Kebiasaannya, Steam akan memberikan notifikasi melalui emel, sekiranya game yang anda inginkan sedang dijual secara murah. Admin pernah beli game yang kebiasaannya dijual pada ratusan ringgit, namun membelinya pada harga puluhan ringgit dengan menggunakan khidmat wishlist.

Steam Wishlist

Bundle daripada penerbit.

Kebiasaannya, membeli secara bundle dari penerbit tidak menjamin harga yang paling murah, namun anda masih mendapat potongan harga. Untuk membeli secara bundle, anda perlulah melawat halaman penerbit game tersebut. Kebiasaannya para penerbit menawarkan harga bundle pada hari ulang tahun syarikat mereka. Admin berpendapat, pembelian ini hanyalah dilakukan sekiranya anda betul-betul suka akan game tersebut.

Bundle purchase
Pembelian secara bundle melalui penerbit.

Beli melalui reseller.

Selain daripada official distributor (pengendar rasmi) seperti Steam, anda juga boleh membeli game dari reseller (penjual semula) pada harga yang murah. Banyak laman sesawang memberikan cara alternatif untuk membeli game dengan menawarkan jualan digital codes (kod digital) pada harga murah.

Pembelian game di Steam memberikan peluang kepada anda untuk memiliki game-game tersebut buat selamanya. Selamanya di sini bermaksud anda masih memiliki akaun Steam tersebut. Walaupun anda menukar PC, mahupun laptop, anda masih lagi memiliki game tersebut. Progres yang ada buat pada game juga tidak akan hilang kerana ianya disimpan secara talian. Dengan lebih banyak game yang khusus untuk konsole kini ditawarkan di Steam store.

Anda juga mungkin menyukai: Cara beli game di Steam store guna TouchNGo ewallet

3 thoughts on “Bila jualan murah Steam?

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp