Gaming

Blizzard berkemungkinan akan mengemas kini Mercy, Moira dalam Overwatch 2 Beta

Overwatch 2 beta baru sahaja dilancarkan. Pelbagai maklum balas diberi, terutamanya untuk adi wira Mercy.

Jodie, pengurus komuniti Overwatch, mengatakan bahawa developer di Blizzard tahu akan perubahan kepada Guardian Angel milik Mercy yang sememangnya kontroversi. Guardian Angel milik Mercy sekarang akan secara automatik melancarkannya ke udara selepas mencapai target. Hal ini menimbulkan pelbagai masalah dari segi kelangsungan hidup Mercy dalam pertarungan. Abiliti ini akan dikemas kini pada minggu hadapan.

Pasukan Overwatch juga ingin memberitahu bahawa proses pengemas kini akan mengambil masa kerana ia melibatkan cross-platform. Ini disebabkan proses pengemas kini memerlukan kebenaran daripada Microsoft dan Sony, jika mereka ingin membuat sebarang perubahan kepada console. Moira dan Mercy dipilih sebagai adi wira yang akan menerima perubahan dalam tampalan akan datang.

Masih ramai pemain, belum mendapat jemputan untuk akses Overwatch 2 beta. Namun begitu, jemputan menerusi emel akan diberi sebelum 15 Julai. Buat masa sekarang, Blizzard menggalakkan para gamer untuk menyokong streamer, dan menderma tiga langganan untuk mendapatkan pakaian Medic Brigitte.

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp