Tips & Tricks

Cara beli game di Steam store guna TouchNGo ewallet

Steam merupakan satu perkhidmatan pengedaran terbesar bagi PC games secara online (dalam talian).

Jadi jika anda seorang PC gamer, anda mungkin biasa dengan Steam. Kebiasaannya, membeli games melalui Steam memerlukan kad debit atau kredit atau paypal. Tetapi tahukah anda, bahawa anda boleh membeli game di Steam store menggunakan TouchNGo ewallet?

Berikut merupakan cara-cara untuk membeli game di Steam store menggunakan TouchNGo ewallet.

1. Cari game yang anda inginkan. Kemudian klik add to cart.

Sebagai contoh admin ingin beli Dead by Daylight DLC.

2. Pada halaman your shopping cart, klik purchase for myself.
Beli untuk sendiri
3. Pada halaman payment method, pilih TouchNGo. Kemudian klik continue.
4. Pada halaman Review + Purchase, tick Agree to the terms, kemudian klik continue to Smart2Pay.
5. Pada skrin monitor tertera satu QRcode. Scan QRcode tersebut menggunakan TouchNGo ewallet anda.

Pastikan baki ewallet anda mencukupi untuk membeli game. Pada skrin fon anda, klik Pay Now.

6. Apabila transaksi berjaya, payment successful akan muncul pada skrin monitor, klik Return to merchant. Manakala klik Done pada skrin fon.
7. Pada skrin monitor, halaman Thank You for your Purchase akan tertera. Klik Return to the store.
8. Ada boleh semak game yang anda baru beli pada halaman Steam library milik anda.

Game tersebut akan menjadi milik anda selamanya, asalkan anda tidak delete Steam account anda. Game yang anda baru beli, juga boleh dimainkan di mana-mana PC yang anda pakai dengan menggunakan Steam account anda.

Selamat ber-gaming!

3 thoughts on “Cara beli game di Steam store guna TouchNGo ewallet

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp