Gaming

Cara beli game murah di Green Man Gaming

Green Man Gaming merupakan sebuah laman sesawang yang mejual game pada harga yang lebih murah berbanding yang ditawarkan di platform seperti Steam atau Epic game store. Kadang-kadang kita tak jadi beli game di Steam kerana mahal. Nak tunggu Steam Sale, game yang kita nak, belum ada diskaun.

Adakah Green Man Gaming itu legit atau sah?

Menurut laman sesawang Green Man Gaming sendiri, ia merupakan sebuah ecommerce yang berpangkalan di UK. Green man gaming bekerjasama dengan Steam, Epic, dan syarikat gaming yang lain dalam pengedaran atau menjual game cdkey pada harga murah untuk ditebus guna di platform-platform tersebut.

Bagai mana cara untuk mendapatkan game murah di Green Man Gaming?

Berikut adalah panduan membeli game di laman sesawang Green Man Gaming.

1. Buka laman sesawang Green Man Gaming.

Daftar masuk, kemudian cari game yang anda inginkan, admin memilih untuk mendapatkan Hogwart Legacy. Klik ADD TO CART. Kemudian klik VIEW CART.

2. Pastikan semua detail betul.

Anda juga boleh letakkan Discount Code untuk mendapatkan lebih banyak diskaun. Kemudian klik PROCEED TO PAYMENT.

3. Satu halaman sesawang akan muncul.

Anda perlu masukkan maklumat mengenai Kad Bank. Masukkan nama, nombor kad, dan tarikh tamat tempoh. Nombor CVC pula adalah tiga digit yang ada pada belakang kad bank anda. Masukkan juga maklumat bil anda. Maklumat ringkas pun sudah memadai. Kemudian klik PLACE ORDER.

4. Satu halaman pengesahan akan muncul.

Kebiasaannya dari Visa/ Mastercard untuk 2-factor authentication. Admin menggunakan akaun Wise, jadi admin menggunakan Wise App sebagai pengesahan.

5. Setelah pengesahan berjaya dan selesai, anda akan kembali ke halaman Green Man Gaming.

Anda juga akan mendapat satu emel daripada Green Man Gaming mengenai pembelian tadi. Pada halaman Green Man Gaming, tertera satu kod Cdkey untuk ditebus guna.

6. Hogwart Legacy yang admin beli ini berplatformkan Steam.

Kod Cdkeynya perlu ditebus di Steam. Pada halaman Steam, klik Game, kemudian klik Activate a Product on Steam, copy Cdkey itu tadi dan pastekan pada ruang Product Code. Kemudian klik Confirm.

Anda juga mungkin menyukai : Bila jualan murah Steam?

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp