Tips & Tricks

Cara membersihkan Destiny 2 Item Vault

Antara kekangan yang sering dihadapi oleh para gamer Destiny 2 adalah memiliki ratusan senjata (Weapon) dan baju perisai (Armour) di dalam vault yang tidak digunakan. Anda mungkin tidak pasti sama ada senjata mahupun baju perisai itu penting atau berguna untuk masa akan datang. Mungkin juga anda malas untuk mengemas kini vault anda, maka vault menjadi penuh sehingga tidak mempunyai ruang untuk senjata mahupun baju perisai yang baru.  Walaupun agak remeh, membersihkan vault adalah satu kemestian bagi memberi ruang untuk senjata baru yang lebih efisien atau membolehkan baju perisai yang berkualiti untuk disimpan.

Salah satu cara untuk membersihkan vault adalah dengan menggunakan aplikasi pihak ketiga; Destiny Recipes. Destiny Recipes menawarkan pelbagai kemudahan buat para gamer Destiny 2. Namun pada kali ini, admin berkongsi tips menggunakan vault cleaner.

1.  Buka laman sesawang Destiny Recipes.

Kemudian daftar masuk dengan klik Login.

2. Datar masuk menggunakan akaun Destiny 2 anda.

Admin menggunakan Steam.

3. Selepas berjaya daftar masuk, pilih Vault Cleaner.

4. Satu senarai konfigurasi muncul.

Di bahagian kiri adalah aturan untuk senjata, manakala di bahagian kanan adalah untuk baju perisai. Kebiasaannya aturan telah dipilih secara default. Namun anda boleh menetapkan aturan mengikut pilihan sendiri. Admin memilih untuk keep exotics sebagai salah satu aturan senjata. Selain itu Keep if tagged as favourite juga dipilih (Aturan ini dipilih sekiranya anda mempunyai senjata yang ditandai sebagai favourite dalam DIM). Bagi tetapan baju perisai, admin meletakkan 62 kepada pilihan Change minimum total to keep. Kebanyakan baju perisai memiliki stats di bawah 62. Bagi admin, stats di bawah 62 adalah kurang optimum dan terlalu rendah untuk disimpan atau untuk masterwork.

5. Selesai membuat penetapan, klik Review my vault.

6. Senarai senjata mengikut jenis dipaparkan.

Senarai senjata daripada Auto Rifle hingga Trace Rifle akan muncul. Kemudian diikuti dengan baju perisai milik Hunter, Warlock dan Titan seperti yang tertera di bahagian kiri. Manakala di bahagian kanan menunjukkan senarai senjata yang sama jenis untuk disimpan (to keep) atau dikeluarkan (to remove).

7. Anda boleh drag and drop senjata tersebut.

Drag and drop senjata tersebut ke bahagian to keep atau ke bahagian to remove.

8. Terdapat pemarkahan pada bahagian bawah setiap senjata.

Berwarna biru menunjukkan tahap kecekapan senjata itu pada PvE. Manakala yang berwarna merah untuk PvP. Markah pada piala pula, menunjukkan kecekapan senjata itu secara purata. Markah ini dipilih berdasarkan maklum balas komuniti Destiny 2 terutama Theorycrafter. Sebagai contoh, sekiranya senjata itu memiliki markah sebanyak 70%, bermaksud ia memiliki 70% senarai faedah (perks) keupayaan yang terbaik. Ini boleh membantu anda untuk memiliki senjata yang baik untuk disimpan.

9. Contoh faedah keupayaan senjata (weapon perks).

Seperti yang ditunjukkan, apabila anda klik pada Nezarec’s Whispher, satu senarai keupayaan milik glaive tersebut. Glaive tersebut memiliki keupayaan Low Impedance Windlings yang ditandai untuk PvP. Manakala Impulse Amplifier untuk kedua-dua PvP dan PvE. Vorpal pula ditandai untuk PvE. Anda juga berbuat demikian untuk memilih senjata yang akan dibuang atau disimpan.

10. Memeriksa baju perisai.

Selesai proses pemilihan senjata, anda akan mula memeriksa baju perisai untuk Hunter, Warlock atau Titan. Senarai pada kali ini disusun mengikut jenis dan tahap baju perisai. Sebagai contoh topi keledar (helmet) atau sarung tangan (gauntlet). Atau antara legendary  dan exotics. Anda boleh klik setiap item tersebut untuk melihat stats. Kebiasaannya exotics dan legendary item yang memiliki stats yang tinggi (melebihi 62) diletakkan di sebelah kiri, manakala stats yang rendah diletakkan di bahagian kanan. Anda juga boleh drag and drop item tersebut untuk disimpan atau dikeluarkan.

11. Final Review.

Selesai sahaja proses memeriksa baju perisai, dengan mengklik Next, anda akan sampai pada Final Review. Periksa kembali senarai senjata dan baju perisai yang akan dikeluarkan (Items to delete) atau yang akan disimpan (Items to keep).

12. Klik Lock/Unlock items.

Sekiranya berpuas hati, anda boleh klik Lock/Unlock items. Ini akan mengunci semua items yang akan disimpan, manakala yang akan dikeluarkan tidak dikunci. Semua senjata dan baju perisai masih lagi belum dihapuskan (delete).

13. Klik I am done.

Anda boleh klik I am done selepas proses Lock/Unlocked selesai.

14. Menghapuskan item yang tidak dipakai.

Pergi ke bahagian Vault, (yang berdekatan dengan Banshee-44), semak senjata yang sudah dikunci mahupun yang belum. Anda boleh tekan F (Dismantle) untuk delete satu per satu item yang tidak dikunci tadi secara selamat. Anda juga boleh menggunakan DIM sebagai cara alternatif.

Anda juga mungkin menyukai: Cara mendapatkan stats yang optimum untuk watak Destiny 2 anda

One thought on “Cara membersihkan Destiny 2 Item Vault

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp