Tips & Tricks

Cara mendapatkan stats yang optimum untuk watak Destiny 2 anda

Stats milik Hunter, Warlock dan juga Titan dalam Destiny 2 adalah sangat penting. Memiliki stats yang optimum menjamin watak anda untuk bertahan dalam pertarungan. Memiliki stats yang agak rendah boleh menyebabkan anda untuk tidak mampu menyelesaikan misi terutama dalam Strikes/ Dungeon/ Raid.

Antara aplikasi pihak ketiga yang boleh anda guna untuk mengoptimumkan prestasi watak anda adalah dengan menggunakan D2ArmorPicker! Aplikasi ini sering digunakan dalam mencari pasangan armour yang baik demi membangunkan stats yang tinggi.

Berikut adalah cara-cara menggunakan D2ArmorPicker.

1. Buka laman sesawang d2armorpicker.com.
2. Daftar guna akaun Destiny 2 anda, sama ada Xbox, Steam, Playstation mahupun Stadia.

Admin mendaftar masuk menggunakan akaun Steam. Kemudian klik Approve.

3. Pilih watak yang anda ingin untuk dioptimumkan.

(A) – Bahagian watak. Admin pilih Warlock dalam tutorial ini.

4. Pilih stats yang anda inginkan.

(B) – Bahagian Stats. Berbeza dengan beberapa musim lepas, untuk musim ini, penggunaan Resilience yang tinggi adalah wajib demi menjamin kelangsungan hidup watak anda!

5. Pilih exotic armor yang anda ingin guna.

(C) – Bahagian exotic armor. Admin ingin buat Roy Mustang build, jadi admin pilih Claw of Ahamkara kerana gauntlet ini memberikan cas yang tinggi kepada melee.

6. Pada bahagian kanan skrin, senarai build dipaparkan.

(D) – Bahagian senarai. Hasil pilihan tadi, satu senarai campuran armor disediakan. Klik tier untuk menyusun senarai, semakin tinggi tier, semakin optimum build itu.

7. Scroll ke bawah, Armor limitation ditunjukkan.

(E) – Bahagian Armor limitation. Admin biarkan bahagian ini.

8. Pada bahagian Desired Mod and Skills selection, pilih mods yang dikehendaki.

(F) – Bahagian Desired Mod. Admin pilih powerful friend dan radiant light kerana masing-masing memberi +20 Mobility dan +20 Melee, tampa mengurangkan stats. Admin memilih Solar sebagai subclass. (G) – Bahagian Skills & Fragments. Kemudian admin pilih fragments yang berkaitan dengan Solar. Admin pilih Ember of Beams (+10 Intelligence), Ember of Char (+10 Grenade), Ember of Eruption (+10 Melee) dan Ember of Searing (+10 Recovery).

9. Pada bahagian Advanced Setting, pilih aturan mengikut kehendak anda.

(H) – Bahagian Setting. Setting yang admin pilih ada pada gambar. Contohnya, Admin ada masterwork class item, jadi admin select setting tersebut.

10. Pada senarai, pilih build yang anda inginkan.

(I) – Senarai. Admin pilih build yang mempunyai tier yang tinggi, di samping yang memiliki wasted stats yang rendah.

11. Klik pada pilihan tersebut.

(J) – Bahagian loadout. Setelah berpuas hati dengan pilihan itu, klik Open Loadout in DIM.

12. Stats build dari D2ArmorPicker berjaya dipindahkan ke DIM.

(K) – Bahagian DIM Loadout. Pada bahagian subclass admin klik Customize subclass.

13. Pilih super dan grenade type yang diinginkan.

(L) – Bahagian Super & Grenade. Admin pilih Well of Radiance. Well of Radiance antara super yang cepat untuk dapat full-charged. Pelbagai jenis grenade yang boleh diguna pakai, admin pilih Firebolt grenade.

14. Pilih class ability yang anda inginkan.

(M) – Bahagian Class Ability. Admin pilih Healing Rift, Burst Glide dan Incinerator Snap. Incinerator Snap adalah abiliti yang seakan akan Roy Mustang. Dengan petikan jari, kite bakor je!

15. Pilih juga Solar Aspect.

(N) Bahagian Solar Aspect & Fragment. Anda hanya boleh memilih dua daripada tiga Solar Aspect. Solar fragments pula sudah dipilih tadi di D2ArmorPicker, tetapi jika anda ingin mengubahnya, anda boleh buat sedemikian di sini. Hanya maksimum empat aspect boleh dipilih. Kemudian klik apply.

16. Pilih senjata, kemudian pilih mods yang anda inginkan.

(O) – Bahagian senjata dan mods.

17. Semak sekali lagi build tadi, dari Subclass, senjata, Armor, dan Mods!

(P) – Bahagian Saving build. Jikalau semua sudah selesai, edit nama build itu, admin letak Roy Mustang Build 1. Kemudian klik Save.

18. Pada DIM, cari build itu tadi, dan klik Apply.

(Q) – Bahagian Applying Build on DIM.

19. Tunggu sehingga proses selesai.

20. Log masuk ke game Destiny 2.

Buka profil tadi, dan semak status yang berdasarkan build anda. Jika tidak puas hati, anda boleh edit balik build tadi di DIM.

D2ArmorPicker memudahkan urusan untuk mendapatkan armor yang mempunyai stats yang tinggi, dan membolehkan anda untuk mendapat stats yang optimum. Anda boleh cuba buat new build menggunakan stats lain atau karakter lain. D2ArmorPicker dan DIM adalah percuma untuk digunakan! Zavala dan Lord Shaxx suka jikalau anda mempunyai stats yang tinggi! Selamat bergaming!

Anda juga mungkin menyukai: Cara membersihkan Destiny 2 Item Vault

One thought on “Cara mendapatkan stats yang optimum untuk watak Destiny 2 anda

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp