Gaming

Dapatkan 3 game percuma dari Epic Game Store sekarang

Epic Games Store bergelut dengan pelbagai cabaran semenjak 2018. Walaupun Epic Games memiliki sumber yang luas Steam Store milik Valve telah mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama dalam PC gaming. Demi menarik pengguna daripada Steam, Epic Games telah memanfaatkan sumbernya untuk sering memberikan permainan secara percuma sepenuhnya.

Semasa jualan mega, Epic Games Store menjalankan promosi game misteri. Situasi ini membolehkan pengguna kembali untuk mengetahui apakah game misteri itu. Kebiasaannya, Epic Games Store mengumumkan tentang game percuma dari satu minggu ke minggu seterusnya.

Game percuma kali ini akan ada pada Epic Game Store sehingga 7 Julai 2022 ( 11PM, Jumaat, Waktu Malaysia). Pengguna Epic Game Store tahu akan dapat menuntut Geneforge 1: Mutagen & Iratus: Lord of the Dead secara percuma. Namun, pengumuman mengenai Hood: Outlaws & Legends hanya diberi beberapa hari sahaja sebelum ia diberi secara percuma pada minggu ini.

Epic Game Store yang menawarkan tiga game untuk dituntut secara percuma agak mengejutkan. Kebiasaannya, Epic Game Store hanya menawarkan dua game percuma. Para gamer hanya mempunyai masa sehingga 7 Julai untuk menuntut Genforge 1: Mutagen, Hood: Outlaws & Legends, dan Iratus: Lord of the Dead sebagai koleksi game.

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp