Gaming

Epic Games Store Holiday Sale sedang berlangsung

Epic Game Store merupakan satu platform game seperti Steam. Walaupun tidak memiliki katalog game yang luas, Epic Game Store memiliki game-game yang terkenal dan sering kali menawarkannya pada harga murah.

Epic Game Store

Berapa banyak diskaun yang ditawarkan?

Antara game yang sedang ditawarkan pada harga murah di Epic Game Store

Kebanyakan game ditawarkan pada harga diskaun antara 20 hingga 50%. Cyberpunk 2077 sedang ditawarkan pada harga MYR 106.99 jikalau dibandingkan pada harga biasa (MYR 213.99). God of War pula ditawarkan pada harga MYR 125.40 berbanding harga biasa iaitu MYR 209.00.

Boleh murah lagi tak?

Harga game jauh lebih murah sekiranya kupon digunakan.

Boleh! Jikalau anda menggunakan kupon di samping membeli game yang sudah dijual pada harga diskaun. Bak kata Mydin, “Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong Diskaun!”

Bila Epic Games Store Holiday Sale?

Jualan murah Epic Store ini berlangsung secara tahunan. Pada kali ini, Epic Games Store Holiday Sale berlangsung sehingga 6 Januari 2023. Anda mempunyai lebih kurang dua minggu untuk merebut peluang keemasan ini.

Apa kaedah pembelian game di Epic Game Store?

Kaedah pembayaran yang disediakan di Epic Game Store.

Anda boleh menggunakan kad kredit, Razer Gold Wallet atau PayPal. Bagi kita di Malaysia, maybank2u dan Malaysia E-banking juga disokong.

Ada tak game percuma di Epic Game Store?

Ada! Game seperti Fortnite dan Genshin Impact tersedia secara percuma di Epic Game Store. Epic Game Store juga menawarkan anda satu game percuma pada setiap minggu. Admin pernah dapat game yang pada kebiasaannya mahal, ditawarkan secara percuma oleh Epic Game Store.

16 Disember hingga 30 Disember 2022

Dalam tempoh masa ini, Epic Game Store menawarkan satu game percuma setiap hari kepada anda (15 game percuma kesemuanya). Jangan lupa untuk tuntut game-game yang percuma ini!

Untuk makluman, game yang ditawarkan pada setiap hari, (mengikut tarikh Malaysia) adalah:

16 Disember : Bloons TD6

17 Disember : Horizon Chase Turbo

18 Disember : Costumer Quest 2

19 Disember : Sable

20 Disember : Them’s Fightin’ Herds

21 Disember : Wolfenstein: The New Order

22 Disember : ?

23 Disember : ?

24 Disember : ?

25 Disember : ?

26 Disember : ?

27 Disember : ?

28 Disember : ?

29 Disember : ?

30 Disember : ?

Adakah Epic Game Store lebih baik daripada Steam?

Steam atau Epic Game Store

Admin menggunakan kedua-dua platform ini. Setakat ini, admin tidak mempunyai sebarang masalah yang serius semasa menggunakan Epic Game Store dan Steam. Epic Online Services juga menawarkan crossplay, yang membolehkan pemain Steam untuk mengemudi antara dua platform ini. Namun begitu, admin mengesyorkan anda untuk menggunakan Steam yang memiliki lebih banyak game.

Nota kaki

Nak dapatkan game terutamanya game yang AAA pada harga murah memang susah. Admin berpendapat tawaran ini adalah berbaloi jika anda inginkan game yang legit (bukat pirated) pada harga murah. Selamat bergaming!

Anda juga mungkin menyukai: Bila jualan murah Steam?

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp