Ulasan / Review

Game paling popular di Malaysia (Bahagian 1)

Game seperti Minecraft, Grand Theft Auto V, Crossfire ataupun PUBG antara game yang popular di dunia buat masa kini. Namun begitu, kami percaya corak permainan, mahupun pilihan game mungkin sedikit berbeza antara negara. Sebagai contoh corak permainan di Amerika Syarikat, agak berbeza dengan Malaysia. Dengan menggunakan senarai game paling popular menurut pelbagai stream services dan ulasan para penonton di perkhidmatan tersebut, kami bandingkan data tersebut dengan data yang diperoleh dari Google Trends. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti para gamers di Malaysia bermain Genshin Impact. Namun apabila kita bahagi bilangan tersebut mengikut negeri atau wilayah, pola permainan mengikut negeri agak berbeza. Data yang kami peroleh adalah dari Januari hingga Jun 2022.

Hasil dapatan kami, secara sekilas pandang, terdapat lima game paling popular di Malaysia iaitu, Valorant, Genshin Impact, Minecraft, PUBG dan Dota 2. Buat tahun 2022, Genshin Impact (38%) merupakan game paling popular di Malaysia, diikuti dengan Minecraft (32%) , PUBG (13%), Valorant (11%)  dan Dota 2 (6%).

Berbeza dengan Malaysia secara umumnya, Minecraft merupakan game yang paling popular di Perlis jika dibandingkan dengan empat game yang lain.

Bagi negeri Kedah pula, peratusan game menjadi pilihan gamer mirip peratusan di negeri Perlis.

Kali ini, Genshin Impact mendominasi negeri Pulau Pinang dengan peratusan sebanyak 42%.

Bagi negeri Perak, Genshin Impact muncul sebagai game paling popular jika dibandingkan dengan Minecraft, PUBG, Valorant, dan Dota 2.

Bagi kawasan Lembah Klang pula, yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Genshin Impact juga masih menjadi pilihan utama buat para gamers.

Ringkasan kajian ini bersambung di Bahagian 2: Game paling popular di Malaysia (Bahagian 2)

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp