Ulasan / Review

Game paling popular di Malaysia (Bahagian 2)

Sambungan dari bahagian 1

Bagi negeri-negeri selatan tanah air iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, Minecraft dan Genshin Impact merangkumi sebilangan besar bagi game yang paling popular. Sekali lagi Genshin Impact menjadi pilihan utama.

Secara umumnya, negeri-negeri pantai timur lebih memilih Minecraft sebagai game yang utama. Sebilangan besar gamer di Kelantan juga memilih PUBG. Dengan 21%, Kelantan boleh dikira sebagai pusat PUBG, jika dibandingkan dengan negeri lain.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, Minecraft mendominasi, menjadikannya sebagai game yang paling popular.

Bebeza dengan negeri jiran, Sarawak memilih Genshin Impact sebagai game yang utama.

Kebanyakan negeri-negeri serta wilayah di pantai barat dan selatan menjadikan Genshin Impact sebagai game yang paling popular. Perlis dan Kedah, menyertai negeri-negeri pantai timur untuk memilih Minecraft sebagai game paling popular.

Terdapat juga perbezaan bagi negeri dan wilayah di Malaysia Timur dalam pemilihan game yang paling popular. Sabah dan Wilayah persekutuan Labuan menjadikan Minecraft sebagai game utama, manakala Sarawak memilih Genshin Impact.

Data yang diperoleh menunjukkan persaingan hebat antara Genshin Impact dan Minecraft untuk menjadi game yang paling popular di Malaysia. Eksperimen kali ini juga menunjukkan kepelbagaian game pilihan gamer Malaysia. Sekali lagi diingatkan bahawa data yang diperoleh daripada Google trends adalah untuk Januari hingga Jun 2022. Pada masa hadapan pula, pola atau corak pemilihan game bagi orang Malaysia mungkin juga berubah.

Klik sini untuk bahagian 1: Game paling popular di Malaysia (Bahagian 1)

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp