Peranti Komputer

GameSir T4 Kaleid Controller – Ulasan / Review

Sejak akhir-akhir ini kebanyakan OEM kontroler mula memperkenalkan kontroler Hall Effect. Kontroler yang menggunakan Hall Effect mampu mengelakkan berlakunya masalah controller drift.

Selain dari Gulikit dan 8BitDo, GameSir juga tidak terkecuali untuk menawarkan kontroler yang menggunakan fungsi Hall Effect ini. GameSir T4 Kaleid baru sahaja dilancarkan pada bulan April 2023.

First Impression & Fungsi

Bagi Admin, GameSir T4 Kaleid memiliki reka bentuk seakan-akan GameSir T4pro. Butang-butang pada GameSir T4 Kaleid juga menggunakan tata aturan Xbox. Terasa ringan dipegang, badan T4 Kaleid tampak diperbuat dari plastik. Badannya yang lutsinar membolehkan anda untuk melihat terus litar elektronik pada kontroler tersebut.

GameSir T4 Kaleid unbox

Butang-butang ABXY pada GameSir T4 Kaleid pula sememangnya selesa untuk ditekan, dan memberikan respons yang pantas. Tiada masalah untuk bergaming. Tombol yang menggunakan teknologi Hall Effect juga memberikan tindak balas yang spontan. Lupa pula, pedal juga disertakan di bahagian bawah GameSir T4 Kaleid ini.

GamerSir T4 Kaleid hanya menggunakan USB-C sebagai mod sambungan ke PC. Sayangnya, T4 Kaleid tidak menyokong ketersambungan melalui Bluetooth. Kabel USB-C sepanjang dua meter ini, bagi admin, sudah memadai untuk mengekalkan jarak yang selesa antara anda dan PC.  

Input lag

Ujian input lag juga dilakukan pada GameSir T4 Kaleid ini dengan menggunakan XInput Test menerusi sambungan USB-C.

Ready! Waiting for 1000 Samples (Move Left Stick)
Duration 4.00 ms
Duration 3.64 ms
Duration 3.75 ms
.
.
.
Duration 3.83 ms
Duration 3.84 ms

Outliers: 51 / 1000
Top 10 Outliers: 23.90 ms, 23.83 ms, 23.83 ms, 19.97 ms, 19.84 ms, 19.77 ms, 19.76 ms, 19.76 ms, 19.73 ms, 19.68 ms

Min 3.250600 ms - Max 23.898000 ms - Jitter 0.250327 ms
Average 4.543419 ms - Polling Rate 220.098555 Hz

Write Report To File? J/[N]: 

Data menunjukkan bahawa input lag GameSir T4 Kaleid  adalah secara purata 4.54 ms dengan polling rate 220.099 Hz. Polling rate yang tinggi ini menjadikan GameSir T4 Kaleid sesuai untuk game yang bersifat kompetitif.

Xinput Circulatory Test

Seperti yang dijangka, GameSir T4 Kaleid memiliki purata ralat yang rendah kerana menggunakan teknologi Hall Effect ini. Kedua-dua tombol analog memberikan nilai ralat kurang daripada 2.0% dan menggambarkan bulatan dan bukannya berbentuk segi empat. Bagi admin, pembentukan bulatan ini menunjukkan bahawa tombol analog ini mampu untuk mengawal watak atau adi wira dalam game anda tanpa banyak masalah.

Software

GameSir juga memberikan anda kemudahan untuk menyesuaikan kontroler ini mengikut cita rasa anda sendiri. Anda boleh mengubah sensitiviti tombol mahupun sensitiviti picu pada T4 Kaleid dengan menggunakan GameSir T4k App. Perisian ini adalah percuma dan anda boleh memuat turun perisian ini dari laman sesawang GameSir sendiri. Sensitiviti tombol mahupun picu boleh diubah mengikut pilihan masing-masing. Selain itu, anda juga boleh mengubah picu (Trigger) kepada digital.

RGB

Bagi peminat setia barangan elektronik yang mempunyai RGB, GameSir T4 Kaleid ini adalah untuk anda. Lampu lip-lap RGB ini juga boleh diubah suai menggunakan software GameSir T4k.

GameSir T4 Kaleid RGB

Verdict / Keputusan

Kontroler T4 Kaleid adalah kontroler Hall Effect yang kedua; yang pernah admin cuba. Walaupun tidak memiliki Bluetooth, T4 Kaleid menawarkan fungsi Hall Effect. Tombol analog yang menggunakan Hall Effect mampu mengurangkan isu stick drift. Selain itu, T4 Kaleid juga memiliki kadar latency yang rendah! Bagi admin, dua faktor ini sudah cukup untuk meyakinkan admin untuk membeli kontroler ini.

Harga GameSir T4 Kaleid yang ditawarkan di Ali Express menerusi official store milik GameSir pada ketika ini adalah MYR 190. Namun, jika kita cari di Shopee, harga T4 Kaleid serendah MYR 150. Bagi admin, harga yang disebut ini sangat berpatutan.

Anda juga mungkin menyukai: Fantech GP13 Gaming Controller – Ulasan / Review

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp