Peranti Komputer

GameSir T4pro Gaming Controller – Ulasan / Review

Selain tetikus dan papan kekunci, kontroler juga boleh digunakan untuk bergaming di PC. Kebelakangan ini, banyak game yang pada mulanya khas untuk Playstation sudah tersedia untuk dimainkan di PC. Game seperti Spiderman-Remastered yang baru sahaja tersedia di Steam menyokong fungsi kontroler secara penuh.

Dilengkapi dengan fungsi getaran, GameSir T4pro ini dihiasi dengan LED backlight. Oleh itu, ia agak padan dengan mereka yang memiliki PC RBG.

First Impression & Fungsi

Seperti kebanyakan kontroler yang lain, GameSir T4pro menggunakan susun atur Xbox kontroler. Gamepad yang menyerupai kontroler Xbox, GameSir T4pro ini membolehkan mereka yang terbiasa menggunakan Xbox kontroler untuk menyesuaikan posisi jari secara mudah. Walaupun agak berat, iaitu seberat 400g, kerana memiliki bateri 600 mAh terpasang tetap, GameSir T4pro kontroler ini masih lagi selesa untuk dipegang.

Admin agak suka akan tombol analog ini, kerana memiliki anti-slip soft rubber caps. Tombol analog GameSir T4pro ini lebih selesa apabila ditolak menggunakan ibu jari. Namun begitu, butang ABXY, dan beberapa butang yang lain, termasuklah pemicu LB, LT, RB, RT mengeluarkan bunyi klik yang agak bising apabila ditekan.

Terdapat juga pedal seperti M1, M2, M3, M4 di bawah kontroler GameSir T4pro. Pedal sebegini memberikan fleksibiliti kepada gamer untuk menambah butang input bagi mengubah suai gaya permainan. Seperti kebanyakan kontroler zaman sekarang, GameSir T4pro juga dilengkapi dengan fungsi Turbo.

GameSir T4pro menggunakan sambungan USB type-C. Admin berpendapat ketersambungan ini adalah satu idea yang baik untuk mencapai kependaman (latency) penghantaran data yang rendah semasa penggunaan. Jangan bimbang, wayar USB type-C juga disediakan membolehkan anda untuk mengecas bateri kontroler ini. Sambungan wayar yang boleh ditanggalkan ini membolehkan kontroler ini lebih mudah alih.

Tambahan pula, GameSir T4pro ini dilengkapi fungsi Bluetooth. Fungsi tampa wayar ini jelas memberikan kebebasan dari segi penggunaan. Anda boleh sambungkan kontroler ini kepada PC/laptop melalui Bluetooth 2.4 GHz secara terus dengan direct pairing di Add Bluetooth or other device pada Windows. Admin mendapati bahawa bateri boleh bertahan sehingga tiga jam untuk penggunaan berat menerusi sambungan Bluetooth.

Connection / Ketersambungan

Seperti biasa, admin menguji Input Lag (ketinggalan input) menggunakan XInput Test dengan menggunakan 1000 samples. Namun kali ini, admin akan menguji kedua-dua ketersambungan iaitu USB dan juga Bluetooth. Ujian ini dilakukan sebanyak lima kali, dan julat perbezaaan keputusan untuk setiap ketersambungan tersebut adalah kecil dan boleh diulang.

Ketersambungan melalui USB-C

Ready! Waiting for 1000 Samples (Move Left Stick)
Duration 8.00 ms
Duration 7.99 ms
Duration 7.46 ms
.
.
.
Duration 7.66 ms
Duration 7.75 ms

Outliers: 40 / 1000
Top 10 Outliers: 35.78 ms, 19.82 ms, 27.71 ms, 27.67 ms, 27.64 ms, 15.68 ms, 15.69 ms, 15.71 ms, 15.72 ms, 15.74 ms

Min 2.810100 ms - Max 35.783200 ms - Jitter 2.891000 ms
Average 6.751856 ms - Polling Rate 148.107420 Hz

Write Report To File? J/[N]:

Data menunjukkan bahawa input lag GameSir T4pro yang disambungkan menggunakan USB-C adalah secara purata sebanyak 6.71 ms dengan polling rate 148.10 Hz. Dengan input lag yang masih berada dalam lingkungan 18 ms hingga 2 ms, kontroler ini dilihat mampu memberikan prestasi yang baik kepada gamer.

Ketersambungan melalui Bluetooth

Ready! Waiting for 1000 Samples (Move Left Stick)
Duration 1985.16 ms
Duration 0.77 ms
Duration 97.13 ms
.
.
.
Duration 5.94 ms
Duration 3.42 ms

Outliers: 1 / 1000
Top 1 Outliers: 1985.16 ms

Min 0.520200 ms - Max 1985.162800 ms - Jitter 6.842337 ms
Average 7.784769 ms - Polling Rate 128.455957 Hz

Write Report To File? J/[N]:

Jikalau dibandingkan dengan USB-C, Input lag ketersambungan GameSir T4pro melalui Bluetooth adalah lebih tinggi. Kelewatan (delay) ini adalah dijangka. Hal ini demikian kerana terdapat kelewatan dalam pemprosesan dan penghantaran signal antara kontroler dan PC. Kelewatan bukan sahaja belaku kepada kontroler yang menggunakan fungsi Bluetooth, bahkan berlaku kepada earbud/earphone. Walaupun terdapatnya kelewatan dalam penghantaran signal dari kontroler ke PC, julat input lag ini dilihat masih boleh diterima.

Xinput Circularity Test

Pekeliling juga diuji  terhadap tombol analog milik GameSir T4pro. Dalam ujian ini, admin memutarkan kedua-dua tombol analog joystick GameSir T4pro ini mengikut arah jam dan lawan arah jam sebanyak lima kali. Ujian ini dilakukan sebanyak lima kali, dan menunjukan keputusan yang serupa.

Data menunjukan bahawa purata ralat (average error) untuk tombol analog bahagian kiri adalah sebanyak 7.0%. Manakala, purata ralat bagi tombol analog bahagian kanan adalah sebanyak 9.4%. Dengan purata ralat tombol analog dan input latency yang rendah, keupayaan tombol analog milik GameSir T4pro ini masih boleh diterima pakai dalam untuk game PvP jikalau disambungkan menggunakan USB-C.

Gambaran diagnostik yang menunjukkan bentuk segi empat dan bukannya bulatan, memberi petunjuk bahawa kontroler ini menggunakan potentiometer sebagai elemen asas dalam pembuatan tombol analog seperti kontroler yang lain.

Harga Pasaran

Jikalau dilihat di Shopee mahupun Lazada, GameSir T4pro ini ditawarkan pada harga serendah RM95. Admin berpendapat, GameSir T4pro masih lagi dikira sebagai kontroler mampu milik rakyat marhaen.

Verdict / Keputusan

Ditawarkan pada harga mampu milik, kontroler yang memiliki dua sambungan iaitu melalui kabel USB-C atau Bluetooth memberikan anda keselesaan untuk bergaming secara bebas. Anda tidaklah terikat dengan PC hanya disebabkan memiliki kabel kontroler yang pendek. Ketersambungan tampa wayar melalui Bluetooth 2.4 GHz, menawarkan jarak antara anda dan PC sejauh 5 meter. Namun begitu, isu latency yang disebabkan oleh Bluetooth haruslah diambil kira.

Dengan Average Circularity Error yang rendah dan memiliki Input Lag yang agak rendah, kontroler ini sememangnya lebih berbaloi untuk dimiliki. Meskipun begitu, admin masih juga tercari-cari kontroler yang memiliki prestasi yang lebih baik.

Anda juga mungkin menyukai: Fantech GP13 Gaming Controller – Ulasan / Review

2 thoughts on “GameSir T4pro Gaming Controller – Ulasan / Review

Comments are closed.

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp