Gaming

Gold Shader – Kenapa komuniti Destiny 2 memakainya sekarang?

Destiny 2 memberikan kemudahan kepada gamer untuk mengubah suai fesyen guardian mereka, sama ada dari segi reka bentuk mahupun warna. Kemudahan ini memberikan kebebasan untuk menghiasi Titan, Warlock dan Hunter mengikut cita rasa anda sendiri.

Satu post Facebook telah tersebar di beberapa komuniti Destiny 2 sama ada Reddit, Twitter, Facebook mahupun Discord, yang ditulis oleh seorang gamer yang bernama Shawn Patrick Lafferty dalam group “The Dad Gaming – Dadstiny”.

Post ini menyatakan bahawa Lafferty telah kehilangan anak perempuannya kerana kanser pada dua tahun dahulu. Dia memohon kepada komuniti Destiny 2 untuk mewarnai guardian mereka menggunakan shader keemasan (gold) sebagai tanda menyokong Childhood Cancer Awareness Month (Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak) iaitu bulan September di Amerika Syarikat.

Komuniti Destiny 2 dengan pantas menyahut panggilan Lafferty ini. Post berkenaan dengan Gold shader ini memenuhi subreddit, di mana para gamer berkongsi rekaan guardian mereka menggunakan shader keemasan.

The Tower juga kelihatan makin dipenuhi oleh guardian bewarna keemasan. Ianya adalah satu gerakan yang mudah namun, komuniti Destiny 2 secara konsisten menyokong sahabat se-gaming mereka sendiri. Merentasi batasan sempadan, bahasa mahupun budaya, semangat solidariti ini menunjukkan akan terdapatnya kebenaran dalam frasa “video games teach us team spirit and solidarity.”

Berbalik kepada isu kanser ini, menurut American Cancer Society, kanser adalah punca kematian kedua utama bagi kanak-kanak yang berumur satu hingga 14 tahun. Lebih kurang 1,050 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dijangka akan mati kerana kanser pada tahun 2022. Admin harap gerakan ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai akan isu kanser kanak-kanak ini.

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp