Tips & Tricks

GuliKit KingKong controller: Cara mengemas kini Firmware

GuliKit KingKong controller adalah antara kontroler yang memiliki firmware yang boleh dikemas kini. Pengemas kini firmware mampu menambah baik fungsi-fungsi yang ada pada kontroler. Berikut adalah cara untuk mengemas kini Firmware kontroler Gulikit.

1. SambungkanGulikit KingKong controller ke PC menggunakan kabel USB-C.

2. Pastikan ianya dalam keadaan OFF.

Jikalau tidak, tekan butang mod pada bahagian hadapan kontroler tersebut sebanyak dua kali untuk OFF.

Butang pada GuliKit controller.

3. Tekan butang APG tanpa lepas, kemudian tekan butang A.

4. Drive GuliKit akan muncul pada senarai Devices and Drives jika langkah 3 berjaya.

*Jikalau tidak berjaya, tekan butang mod lebih dari dua saat, kemudian, ulang langkah 3.

Drive GuliKit muncul di senarai Devices and Drives

5. Muat turun Firmware terbaru daripada laman sesawang GuliKit.

Laman sesawang GuliKit

6. Buka fail Firmware yang telah dimuat turun tadi.

Umumnya, terdapat pelbagai fail tersedia di dalam, tetapi anda hanya perlu bagi perhatian pada fail .bin sahaja.

Fail firmware GuliKit yang telah dimuat turun.

7. Pilih fail .bin mengikut model kontroler GuliKit milik anda.

Admin memiliki kontroler GuliKit NS08, jadi admin hanya pilih fail NS08_V4.3.bin sahaja. Ingat, perkataan V4.3 hanyalah versi firmware, Di masa hadapan versi ini mungkin berubah.

8. Klik dan seret (Ataupun copy) fail .bin tadi ke Drive GuliKit tadi.

Proses pengemas kini akan berlangsung secara automatik! Jangan cabut sambungan kabel USB-C  semasa proses kemas kini. Sekiranya berjaya, Drive GuliKit akan hilang daripada senarai Devices and Drives dan kontroler akan kembali OFF.

9. ON-kan kembali kontroler anda dengan menekan butang mod sekali.

10. Lakukan calibration

Proses ini boleh dilakukan dengan menekan butang L, R, Left D-pad dan A secara serentak. Satu getaran berlaku sekiranya calibration berjaya.

11. Proses kemas kini selesai! Restart kontroler untuk mengujinya.

*Jikalau kontroler tidak responsif, tekan butang mod lebih dari dua saat, kemudian tekan sekali untuk ON semula.

Bagi kemas kini untuk Firmware kepada versi 4.6, ia menambah baik masalah latency. Admin cadangkan anda untuk mengemas kini kontroler anda kepada versi 4.6.

Anda juga mungkin menyukai: Gulikit KingKong Controller – Ulasan / Review

One thought on “GuliKit KingKong controller: Cara mengemas kini Firmware

Comments are closed.

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp