Peranti Komputer

GuliKit KingKong Controller – Ulasan / Review

Lambakan kontroler di pasaran mungkin boleh membuatkan anda pening untuk memilih gajet tersebut. Setiap pengeluar berusaha untuk menambah pelbagai fungsi yang menarik pada kontroler mereka bagi memikat hati pengguna. Ada yang menawarkan fungsi backlight, Bluetooth, mahupun fungsi sokongan Turbo Booster.

Buat kali ini, admin menguji satu kontroler yang menawarkan penggunaan Hall Effect Joystick. Berbeza dengan kontroler lain menggunakan potentiometer, GuliKit KingKong NS08 (GuliKit NS08) menggunakan Hall Effect sensor pada tombol joystick. Menurut GuliKit lagi, kontroler yang menggunakan Hall Effect ini mampu menyelesaikan masalah Controller Drift.

First Impression & Fungsi

Butang ABXY milik GuliKit NS08 menggunakan susun atur Switch dan bukannya Xbox. Namun begitu, apabila disambungkan kepada PC, susunan ABXY masih mengikut tata aturan Xbox. Ia tidak menjadi satu masalah, sekiranya muscle memory pada jari anda telah terbina. Biarpun GuliKit NS08 menampilkan dirinya sebagai Switch, namun ia adalah kontroler jenis hibrid yang juga boleh digunakan pada Android dan PC.

GuliKit KingKong Controller NS08

Bagai mana pula dengan butang-butang pada GuliKit NS08? Admin rasa ianya agak selesa untuk ditekan. Tiada masalah untuk menekan butang tersebut berulang kali. Manakala, kedua-dua tombol joystick rasa agak janggal apabila ditolak buat pertama kali, mungkin kerana admin terbiasa menggunakan joystick yang berasaskan potentiometer.

Fungsi getaran juga agak kuat. Biarpun terdapatnya fungsi gyroscope, namun begitu, fungsi ini hanya boleh digunakan untuk Switch. Satu fungsi yang menarik yang dilengkapkan pada GuliKit NS08 adalah butang Auto Pilot Gaming (APG). Fungsi APG ini membolehkan GuliKit NS08 untuk belajar melakukan sesuatu operasi (maksimum 10 saat) dan melaksanakannya secara automatik.

Ketersambungan

Proses untuk menyambungkan GuliKit NS08 ke PC adalah mudah dan menyokong sambungan melalui Bluetooth atau USB-C. Kabel USB-C sepanjang dua meter juga disediakan bersama dengan kontroler ini.

GuliKit NS08

Sekiranya anda ingin menggunakan sambungan USB-C, tekan butang  mod untuk menukarkannya kepada PC X-input atau D-input, dan GuliKit NS08 akan dikesan sebagai Xbox 360 peripherals di PC. Bagi menggunakan ketersambungan Bluetooth, setelah menukar mod GuliKit NS08 ke PC input, tekan butang pairing sehingga LED di bahagian tersebut berkelip. Kemudian pada Bluetooth connection di PC, klik “search for new device” kemudian pilih GuliKit Controller.

Seperti biasa, admin menguji Input Lag (ketinggalan input) menggunakan XInput Test dengan menggunakan 1000 samples. Ujian ini dilakukan buat kedua-dua ketersambungan USB-C dan juga Bluetooth. Ujian ini diulang sebanyak lima kali dan memiliki julat perbezaan yang rendah.

USB-C

Ready! Waiting for 1000 Samples (Move Left Stick)
Duration 9.99 ms
Duration 9.15 ms
Duration 9.82 ms
.
.
.
Duration 9.77 ms
Duration 9.80 ms

Outliers: 5 / 1000
Top 5 Outliers: 29.64 ms, 20.67 ms, 19.73 ms, 19.66 ms, 19.44 ms

Min 8.711400 ms - Max 29.638400 ms - Jitter 0.155287 ms
Average 9.737752 ms - Polling Rate 102.693108 Hz

Write Report To File? J/[N]:

Data menunjukkan bahawa input lag GuliKit NS08 yang disambungkan menggunakan USB-C adalah secara purata sebanyak 9.73 ms dengan polling rate 102.69 Hz. Dengan input lag yang masih berada dalam lingkungan 8.71ms hingga 29.63 ms, kontroler ini, melalui sambungan USB-C dilihat mampu memberikan prestasi yang baik kepada gamer.

Bluetooth

Ready! Waiting for 1000 Samples (Move Left Stick)
Duration 10.01 ms
Duration 9.26 ms
Duration 9.81 ms
.
.
.
Duration 9.67 ms
Duration 9.69 ms

Outliers: 12 / 1000
Top 10 Outliers: 529.57 ms, 59.61 ms, 59.60 ms, 49.78 ms, 49.72 ms, 29.75 ms, 49.69 ms, 49.68 ms, 49.65 ms, 49.53 ms

Min 8.286900 ms - Max 529.569200 ms - Jitter 1.506269 ms
Average 11.974371 ms - Polling Rate 83.511696 Hz

Write Report To File? J/[N]:

Data menunjukkan bahawa input lag GuliKit NS08 yang disambungkan menggunakan Bluetooth adalah secara purata sebanyak 11.97 ms dengan polling rate 83.51 Hz. Dengan input lag yang masih berada dalam lingkungan 8.28 ms hingga 529.56 ms. Bagi admin, input lag ini agak kurang stabil, dan mungkin mengganggu gaming anda.

Xinput Circulatory Test

Pekeliling juga diuji  terhadap tombol analog GuliKit NS08. Dalam ujian ini, admin memutarkan kedua-dua tombol analog joystick GuliKit NS08 ini mengikut arah jam dan lawan arah jam sebanyak lima kali. Ujian ini dilakukan sebanyak lima kali, dan menunjukan keputusan yang serupa. Sebelum ujian ini, admin melakukan calibration pada kontroler GuliKit NS08 terlebih dahulu.

Xinput Circulatory Test pada kontroler Gulikit KingKong

Data menunjukan bahawa purata ralat (average error) untuk tombol analog kiri dan kanan GuliKit NS08 adalah sangat rendah iaitu sebanyak 0.7%. Ralat yang sangat rendah ini menunjukkan kurangnya Non-circular deadzone yang sering terjadi pada kontroler biasa yang menggunakan tombol joystick berpotentiostat. Non-circular deadzone ini kebiasaannya boleh menghalang tombol joystick daripada menghasilkan pergerakan berpenjuru secara tepat. Jadi, bagi admin, GuliKit NS08 ini mempunyai tombol joystick yang amat baik, yang pernah admin guna.

Admin berpendapat, dengan memiliki purata ralat yang teramat rendah ini, tombol joystick yang menggunakan Hall Effect sensor ini sedikit sebanyak mampu menambah baik pengalaman bergaming anda. Oleh kerana Hall Effect sensor berkonsepkan elektromagnetik, ia mampu mengurangkan isu haus pada gegelung dalam potentiometer, yang sering kali menjadi punca controller drift.

Harga Pasaran

Harga GuliKit KingKong NS08 pada Shopee

Terdapat dua model yang ditampilkan oleh GuliKit iaitu NS08 (KingKong 2) dan juga NS09 (KingKong Pro). Kedua-dua model ini menggunakan teknologi Hall Effect sensor. Sekali imbas harga NS09 (KingKong 2 Pro) jauh lebih mahal berbanding NS08 (KingKong 2). NS08 ditawarkan pada harga sekitar MYR 129, manakala NS09 dijual pada harga MYR 188. Perbezaan harga ini disebabkan NS09 memiliki lebih banyak fungsi tambahan. Anda sebagai pengguna boleh memilih!

Verdict

Masih ada ruang untuk penambahbaikan kontroler ini. Dengan mekanik games moden yang lebih kompleks, wajar juga untuk kontroler ini memiliki back button pedal bagi menambah baik pengalaman bergaming. Bagi game yang berunsur FPS, admin masih perlu menggunakan aksesori milik Kontrolfreek untuk menambah baik aiming.

Lupa pula, firmware GuliKit NS08 ini boleh dikemas kini! Bagi admin, ini adalah salah satu bentuk after-sale service yang terbaik! Seperti kemas kini driver, pengemas kini firmware mampu menambah baik dan membendung masalah keserasian, ralat, dan kadang kala membawakan fungsi terbaru kepada kontroler. Untuk makluman pula, buat masa ini, GuliKit masih belum ada perisian khas bagi mengubah suai kontroler mengikut corak permainan seseorang gamer; seperti remapping button, adjusting joystick sensitivity, dan sebagainya. 

Joystick yang menggunakan konsep Hall Effect sensor sememangnya sudah tersedia sejak sekian lama. Namun begitu, Gullikit menambah baik konsep ini dalam membangunkan kontroler untuk gaming bagi membendung isu controller drift. Admin akui yang admin pernah belanja banyak semata-mata menggantikan kontroler yang tidak boleh pakai, hanya kerana masalah drift. Dengan harga mampu milik, GuliKit KingKong NS08, admin rasa, boleh kita cuba untuk dipakai.

Anda juga mungkin menyukai: GuliKit KingKong Controller: Cara Mengemas Kini Firmware

2 thoughts on “GuliKit KingKong Controller – Ulasan / Review

Comments are closed.

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp