Peranti Komputer

HDMI atau Display Port

Kebelakangan ini, penggunaan FPS (frame per second / bingkai sesaat) yang tinggi pada PC gaming sangat diperlukan terutamanya untuk game PVP (player vs player/ pemain lawan pemain) seperti Apex Legend, Valorant, atau Overwatch. Kad grafik yang mampu memberi frame rate (kadar bingkai) yang tinggi, membolehkan anda untuk melihat pergerakan sesebuah objek lebih awal, memberikan ada peluang yang lebih tinggi untuk menembak sasaran. Oleh itu, pemain yang mempunyai kad grafik yang lebih baik, secara umumnya memiliki ratio K/D (kill/death / bunuhan/kematian) yang lebih tinggi.

Refresh Rate Monitor

Kebiasaannya, monitor biasa hanya beroperasi secara maksimum pada 75 Hz refresh rate (kadar penyegaran) , sekaligus membenarkan hanya 75 FPS yang boleh tercapai. Demi memenuhi kehendak pemain untuk mencapai FPS yang tinggi, pengilang monitor berusaha untuk mengeluarkan monitor yang mempunyai refresh rate (kadar penyegaran) yang tinggi. Dengan kata mudah semakin tinggi refresh rate monitor, semakin tinggi fps yang mampu dicapai. Sewaktu penulisan ini, 360 Hz monitor gaming telah pun berada di pasaran, manakala 500 Hz monitor gaming akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Bagi budget gamer pula, penggunaan 1080p 144Hz monitor menjadi pilihan utama. Penggunaan refresh rate yang tinggi membolehkan para gamer untuk mengurangkan system latency (latensi sistem) secara menyeluruh, dan kemudiannya memboleh seseorang gamer untuk menjadi lebih kompetitif di esport.

Umumnya, untuk memdapatkan kandungan 1080p pada 144 Hz, anda memerlukan sama ada DisplayPort atau HDMI 1.4 (atau versi yang terkini). Manakala untuk 1440p pada 144 Hz anda memerlukan HDMI 2.0 atau DisplayPort 1.2.

HDMI

Kebiasaannya monitor masa kini, TV atau kad grafik memiliki sekurang-kurangnya satu port HDMI. Namun begitu, adalah diingatkan bahawa sebahagian monitor mempunyai bandwidth (lebar jalur) yang terhad, membolehkannya hanya beroperasi pada 120 Hz atau 60 Hz. Kebanyakan monitor 144 Hz dihadkan untuk beroperasi pada 120 Hz menggunakan HDMI 1.4, tetapi ada juga sesetengah pengilang mereka khas monitor untuk mencapai 144Hz pada 1080p. 

Display Port

Selain HDMI, kebanyakan monitor gaming dilengkapkan dengan DisplayPort 1.2 yang menyokong secara langsung 240 Hz pada 1080p, 165 Hz pada 1440p dan 75 Hz pada 4k. Sekiranya anda kurang pasti sama ada untuk menggunakan HDMI atau DisplayPort untuk monitor gaming, gunakan sahaja DisplayPort. Tambahan pula, kebanyakan kad grafik masa kini menyokong lebih banyak DisplayPort berbanding HDMI. Selain itu, sesetengah monitor menghadkan refresh rate kepada 60 Hz melalui HDMI.

Display Adapter

Sekiranya monitor 144 Hz, atau kad grafik tidak menyokong 144 Hz pada port yang sama, display adapter (penyesuai paparan) boleh diguna pakai. Namun begitu, display adapter yang ada di pasaran kebiasaannya menurun taraf refresh rate dari 144 Hz input kepada 60 Hz.

HDMI dan DisplayPort adalah satu piawaian soket paparan yang baru seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Buat masa sekarang kumpulan piawaian VESA yang mereka DisplayPort sangat menyokong penyesuaian PC, manakala HDMI direka khas oleh konsortium pengguna elektronik yang berpihak kepada TV mahupun Home Theater.

One thought on “HDMI atau Display Port

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp