Gaming

Hogwarts Legacy: Menyelami dunia ahli sihir Harry Potter

Pernah baca novel mahupun tengok filem Harry Potter? Sebuah cerita fantasi mengenai seorang budak lelaki yang bernama Harry Potter dan kehidupannya sebagai seorang murid di Sekolah Sihir Hogwarts. Menggunakan tongkat sakti, membuat ramuan posyen, mahupun menaiki penyapu terbang dalam meneroka dunia sihir, kisah Harry Potter membawakan pelbagai misteri dan rahsia untuk dibongkarkan.

Kali ini, sebuah game yang bertajuk Hogwarts Legacy akan tersedia untuk dimainkan. Diterbitkan oleh Warner Bros dan dimajukan oleh Avalanche Software, Hogwarts Legacy berkonsepkan sebuah dunia terbuka RPG, yang diilhamkan oleh buku Harry Potter. Berlatar belakangkan tahun 1800, anda akan menjadi seorang ahli sihir yang memegang kunci untuk sebuah rahsia lama yang akan meruntuhkan dunia sihir. Anda juga akan diisih kepada satu daripada empat rumah dalam Sekolah Sihir Hogwarts, iaitu, Griffindor, Slytherin, Ravenclaw, dan juga Hufflepuff.

Bersenjatakan tongkat sakti, anda juga boleh menaik taraf abiliti dalam memajukan kemahiran anda sebagai seorang ahli sihir. Menyelesaikan pelbagai cabaran juga membolehkan anda untuk menaik taraf matra dan posyen. Di luar Hogwarts pula, anda akan menempuh cabaran dalam menewaskan ahli sihir yang lain. Anda juga akan meneroka pelbagai dunia sihir dan akan bertemu dengan makhluk-makhluk sihir.

Sewaktu penulisan ini, Hogwarts Legacy dikhabarkan akan tersedia untuk dimainkan pada cuti tahun 2022. (Admin berpendapat, cuti ini merujuk kepada cuti musim sejuk iaitu pada bulan Disember). Game ini menyokong semua peranti konsole dan juga PC. Game ini juga adalah single player, bermaksud tiada pertarungan antara pemain (pvp). Game ini sudah tersedia di Steam, anda boleh add to wishlist game ini sementara menunggu.

PC anda pula sekurang-kurangnya memiliki 8 GB RAM, Intel i5-2500k (4 core 3.3 GHz) atau AMD Ryzen 3 1200 (4 core 3.1 GHz), dan kad grafik NVIDIA GTX 960 (4 GB) atau AMD R9 290X (4 GB). Selain itu, 110 GB storage juga diperlukan. Namun begitu, keperluan yang dicadangkan adalah 16 GB RAM, Intel i506600k (4 core, 3.5 GHz) atau AMD Ryzen 5 2400 (4 core, 3.6 GHz), dan kad grafik NVIDIA GTX 1060 (6 GB) atau AMD RX 570 (4 GB).

One thought on “Hogwarts Legacy: Menyelami dunia ahli sihir Harry Potter

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp