Gaming

J.K. Rowling, Harry Potter dan Hogwarts Legacy,

Hogwarts Legacy baru sahaja dilancarkan bulan lepas. Berbentuk Open-world action RPG, game ini mendapat sambutan hangat dengan jumlah pemainnya mencecah 880 ribu, pada satu-satu masa, menurut Steam DB. Namun begitu, tidak seperti game yang lain, Hogwarts Legacy penuh dengan kontroversi.

Pemboikotan Hogwarts Legacy

Sebelum dilancarkan lagi, iaitu semasa dalam peringkat Beta lagi, Hogwarts Legacy mendapat tentangan dan kritikan oleh banyak pihak. Tentangan ini dipacu khususnya oleh para golongan aktivis. Lihat sahaja di Tiktok atau di Twitter, ramai “influencer” menyeru para follower mereka untuk memboikot Hogwarts Legacy.

Namun, apa yang lebih menyedihkan, terdapat Streamer yang bermain dan menyiarkan game ini, telah diganggu. Paling malang, Streamer seperti VTuber Silvervale terpaksa menghentikan siarannya kerana diganggu oleh golongan yang anti Hogwarts Legacy ini.

Pemboikotan ini diburukkan lagi dengan terbitnya satu laman sesawang; Have they streamed THAT wizard game? yang menyenaraikan nama-nama Streamer yang main game Hogwart Legacy semasa hari pelancarannya. Streamer yang menyiarkan Hogwarts Legacy menjadi sasaran untuk diboikot ataupun diganggu. Seolah-olah, penyenaraian ini adalah satu proses pemburuan terhadap peminat Hogwarts Legacy.

Tetapi, jikalau sekali imbas, pemboikotan ini kebanyakannya berlaku di Barat. Di Jepun misalnya, Hogwart Legacy mendapat sambutan yang hangat. Tiada juga panggilan untuk memboikot game ini di Malaysia mahupun di negara-negara Asia.

Harry Potter, dan J.K. Rowling, serta Hogwarts Legacy

Bagi mereka yang membesar bersama Harry Potter, sekolah sihir Hogwarts memang tidak asing lagi. Ramai yang membaca kesemua tujuh jilid novel Harry Potter. Ada yang sanggup beratur lama semata-mata untuk menonton kesemua lapan filem Harry Potter. Sebut sahaja mengenai rumah Hogwarts seperti Gryffindor, Hufflepuff, Slytherin, ataupun Ravenclaw, ramai yang mengenali nama-nama itu.

Harry Potter yang mengisahkan seorang anak yatim adalah sebuah kisah fantasi yang diilhamkan oleh seorang penulis British bernama J.K. Rowling. Pada suatu hari, Harry mendapat sepucuk surat daripada sekolah ahli sihir Hogwarts untuk mempelawanya belajar di sekolah berasrama tersebut. Harry yang kemudiannya bersekolah di Hogwarts, bersama rakan baiknya; Hermione dan Ron, mengembara di dunia sihir yang penuh bahaya dan misteri.

Filem Harry Potter yang dialih suara

Jadi, apa kaitannya Hogwarts Legacy dan J.K. Rowling? Biarpun Hogwarts Legacy ini dibangunkan oleh Avalanche Software, tetapi J.K. Rowling adalah penulis asal cerita Harry Potter. Beliau juga dilihat sebagai pemilik harta intelek dunia Harry Potter ini. Walaupun di garis masa yang berbeza, Game Hogwarts Legacy ini masih berlatar belakangkan dunia Harry Potter.

Mengapa J.K. Rowling sangat dibenci?

Admin berpendapat, bukan semua orang membenci J. K. Rowling. Tetapi, jikalau kita lihat di media sosial, ramai yang bersuara lantang membenci J.K. Rowling. Perkara ini boleh kita lihat melalui Twitter, lebih-lebih lagi semasa pelancaran Hogwarts Legacy.

Pada ketika itu, golongan LGBT terutamanya transgender merasakan diri mereka adalah mangsa yang sering ditindas. Tweet milik J.K. Rowling ini dilihat sebagai satu cara Rowling untuk menyalah guna pengaruhnya sebagai seorang cis-wanita untuk mengasingkan lagi golongan transgender.

Namun begitu, menurut J.K. Rowling sendiri, beliau berpendapat bahawa seseorang lelaki yang dilahirkan lelaki, tetapi merasakan dirinya perempuan atau berpakaian seperti perempuan tidak seharus memasuki tandas awam perempuan. Bagi menjelaskan isu dan pandangan beliau, J.K. Rowling mengeluarkan satu esei panjang untuk menerangkan pendirian dirinya.

Terdapat banyak lagi isu berbangkit mengenai J. K. Rowling yang dilihat sebagai anti-transgender. Beliau yang dilihat sebagai public figure (tokoh masyarakat) mendapat reaksi yang negatif daripada para aktivis.

Pemboikotan gagal?

Walaupun kempen memboikot Hogwarts Legacy agak besar, tetapi jumlah pemain game ini tetap ramai. Bahkan pada awal pelancaran, jualan Hogwarts Legacy mencecah 12 juta. 

Ramai yang tak ambil kisah akan isu anti-transgender ini. Biarpun kempen untuk boikot Hogwarts Legacy ini kelihatan agak besar-besaran, namun ianya masih terhad kepada negara-negara penutur bahasa Inggeris ataupun negara-negara barat. Sambutan terhadap Hogwarts Legacy masih lagi meriah di negara-negara lain. Terdapat juga netizen yang menganggap bahawa gerakan untuk memboikot Hogwarts Legacy ini adalah satu publisiti untuk game itu sendiri.

Your money, your life

Hogwarts Legacy sudahpun tersedia di Steam. Ramai yang bermain game ini. Kita pula bebas untuk bermain game ini tanpa sekatan mahupun memilih untuk tidak bermain game ini. Setakat ini, Hogwarts Legacy tidak tersenarai sebagai game yang diharamkan di Malaysia. Tepuk dada tanya selera gitu.

Anda juga mungkin menyukai: Game paling popular di Malaysia (Bahagian 1)

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp