Gaming

Laman sesawang seperti Steam dan Epic Games disekat di Indonesia

Pelayanan dan laman sesawang yang majoritinya untuk gaming seperti Steam dan Epic Games, telah disekat untuk dicapai di Indonesia. Yahoo dan PayPal juga telah disekat. Namun begitu, sekatan terhadap PayPal telah ditarik balik buat sementara waktu demi memberikan ruang kepada warga negara Indonesia untuk mengeluarkan wang.

Screen shot laman sesawang Steam yang disekat di Indonesia

Penyekatan capaian ini berikutan daripada beberapa laman sesawang ini yang gagal untuk mendaftar demi mendapatkan lesen baru. Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia (Kominfo) menguatkuasakan undang-undang baru yang baru digubal. Pihak laman sesawang terbabit boleh diarahkan untuk mendedahkan data milik para pengguna yang dianggap menyalahi undang-undang mahupun dikira sebagai menggangu ketenteraman awam dalam masa empat jam.

Sebelum 20 Julai 2022, syarikat teknologi seperti Google, Facebook, dan Amazon berusaha untuk menyelesaikan proses pendaftaran bagi mendapatkan lesen tersebut. Namun begitu, syarikat-syarikat lain tidak berkesempatan untuk berbuat demikian. Game seperti CS:GO dan Dota 2 juga disekat, kerana masih belum didaftarkan mengikut undang-undang baru ini.

Ramai gamer dari Indonesia meluahkan rasa kecewa mereka di Twitter. Ada juga yang berkongsi cara untuk memintas sekatan ini dengan menggunakan VPN ataupun membuat tetapan DNS. ‘BlokirKominfo’ masih lagi trending di Twitter. Ada juga menyatakan persoalan berkenaan dengan laman sesawang sebegini disekat, namun laman sesawang berunsur perjudian masih boleh dicapai.

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp