Ulasan / Review

Land of the Vikings (Demo version) – Ulasan / Review

Land of the Vikings merupakan sebuah game berbentuk simulasi City Builder. Game ini memberikan anda peluang untuk membina satu dunia yang pada mulanya sebuah kampung dan kemudiannya membesar menjadi sebuah bandar raya.

Berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Vikings pada suatu ketika dahulu game ini menyajikan anda peluang membangunkan sebuah bandar raya dengan menguruskan sumber asli seperti kayu dan bahan mineral demi membina bangunan seperti rumah dan pasar. Anda juga perlu menguruskan pekerjaan penduduk di bandar raya tersebut bagi proses pembinaan rumah. Setiap penduduk mempunyai bakat masing-masing, oleh itu anda perlu menyesuaikan bakat dan pekerjaan mereka.

Pembinaan bandar raya yang efektif menjamin ia berkembang pesat dan terus wujud (survive) dalam menjalani perubahan musim dan konflik antara penduduk. Iceberg Interactive dan Lap Games membangunkan game ini, memberikan anda peluang untuk membina sebuah perkampungan Viking kepada sebuah bandar raya.

Grafik dan suasana game

Admin memuji kualiti grafik yang disediakan dalam game ini. Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 4 (UE4), game ini memberikan gambaran suasana yang sangat realistik. Penggunaan UE4 ini memberikan peluang kepada dunia Land of the Vikings mirip dunia sebenar.

Land of the Vikings menawarkan fungsi DLSS. Anda perlu menghidupkan tetapan ini di bahagian Setting. Menghidupkan tetapan DLSS dilihat mampu menaiktaraf kualiti grafik, namun ia juga menyebabkan isu ghosting yang agak kelihatan pada penduduk. Keadaan ini tampak jelas apabila karakter penduduk mahupun haiwan ternakan bergerak.

Isu ghosting pada Land of Vikings apabila DLSS diaktifkan

Musik latar belakang game Land of the Vikings ini menggambarkan anda suasana bertemakan Viking. Namun, penggunaan musik yang sama setiap masa, admin berpendapat, ia agak membosankan.

Gameplay

Land of the Vikings ini adalah berbentuk single player. Anda boleh memainkannya secara santai mengikut rentak anda sendiri. Game ini mengingatkan admin akan game City: Skylines, namun menerapkan unsur kehidupan Viking di zaman dahulu.

User Interface (UI) untuk game ini agak senang untuk dinavigasi. Pada mulanya, anda akan diberi sedikit bimbingan dalam proses pembinaan perkampungan/ bandar Viking ini. Admin tidak memiliki sebarang masalah untuk memahami UI game ini. Namun, admin seringkali tidak sedar akan perubahan masa/hari dalam game ini. Hanya satu isyarat yang memberikan anda idea akan putaran masa dalam Land of Vikings ini adalah melalui putaran glob di atas.

Land of the Vikings UI
Land of the Vikings UI

Selain itu, game ini seperti tidak memberi peluang kepada pemain untuk meruntuhkan bangunan atau mengubah kedudukan rumah atau dekorasi setelah ia dibina. Pembinaan kekal ini seperti mengekang penambahbaikan kampung/ bandar yang anda telah bina. Pembinaan juga mungkin terjejas kerana kekurangan sumber batuan. Mungkin penduduk di kampung/ bandar ini perlu membina sebuah kuari daripada memecahkan batu-batuan di sekitar kampung tersebut.

Suasana musim sejuk dalam game Land of Vikings

Penduduk kampung/bandar dalam Land of Vikings kelihatan seperti bertambah tanpa seorang pun meninggal. Hal ini kelihatan seperti penduduk kampung/bandar tidak mengalami keuzuran atau sakit yang kemudiannya menyebabkan mereka meninggal secara semula jadi. Walaupun sekadar sebuah game, namun bagi admin isu ini agak pelik.

Tree of Life dalam Land of the Vikings

Dalam Tree of Life dua asas cabang iaitu work fast dan happiness. Penduduk kampung/bandar juga dalam game Land of the Vikings kadang kadang tidak gembira. Kerana terlalu bekerja keras? Kerana kekurangan “tavern”? Ataupun kekurangan tempat hiburan? Jikalau di dunia Old Roman, orang ramai boleh pergi mengunjungi Gladiator Arena untuk berhibur di samping menyokong Gladiator mereka. Admin berpendapat, tempat yang seakan Gladiator Arena perlu dibina bagi penduduk perkampungan Viking ini. Tak silap, di suatu masa dahulu, masyarakat Viking pernah melakukan Holmgang sebagai latihan pertempuran.

Potensi

Admin berpendapat Land of the Vikings ini mempunyai potensi besar untuk menarik komuniti yang menyukai game berbentuk simulasi. Buat masa sekarang, game ini masih dalam peringkat pembikinan, dan hanya versi demo tersedia. Versi demo ini hanya boleh dimainkan secara terhad dan sudah tersedia di Steam store. Game ini akan tersedia sepenuhnya pada suku ke-4 2022. Game yang sememangnya santai, memberikan anda peluang untuk mengisi masa lapang setelah penat bekerja seharian. 

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp