Peranti Komputer

Lima pertimbangan sebelum membeli PSU

Dengan lambakannya di pasaran sekarang, agak sukar untuk memilih PSU (power supply unit) yang sesuai. Selain itu, ramai memandang PSU sebagai barangan remeh dan tidak perlu dilihat dengan teliti. Namun begitu, memiliki PSU yang baik mampu memanjangkan jangka hayat PC anda. Kes-kes merbahaya seperti terbakarnya motherboard, CPU mahupun GPU mampu dielakkan dengan menggunakan PSU yang berkualiti. Berikut adalah beberapa panduan asas dalam memilih PSU sebelum membelinya.

Keperluan Rig/ PC

Kebanyakan PSU mencapai tahap efisien dengan muatan pada 40% hingga 80%. Namun begitu, membina rig dengan 50% hingga 60% daripada kapasiti PSU adalah sebaiknya dilakukan demi mencapai efisien yang maksima tetapi juga memberikan ruang untuk menaik taraf PC anda di masa hadapan. Anda boleh menyemak PSU yang sesuai secara dalam talian seperti di pc-builds, atau di laman sesawang Power Supply Calculator milik CoolerMaster atau BeQuiet.

Contohnya admin ingin menyemak PSU yang sesuai untuk rig admin, menurut laman sesawang ini rig admin menggunakan 384W. Manakala laman sesawang menasihatkan untuk menggunakan PSU 550W. Tetapi admin ingin menaik taraf PC suatu hari nanti, jadi admin menggunakan PSU 650W (iaitu penggunaan ~60% daripada jumlah kuasa PSU).

Non-modular, semi modular atau full modular

Terdapat 3 bentuk PSU yang berada dalam pasaran iaitu, non-modular, semi modular dan full modular. Full modular menjamin aliran udara yang efisien dalam PSU dan mengurangkan haba terperangkap. Ini kerana, hanya kabel atau wayar yang diperlukan, disambungkan antara PSU dan PC. Non-modular pula menawarkan harga yang lebih rendah khususnya untuk budget computer. Semi-modular pula memberikan keseimbangan antara harga dan pengurusan kabel atau wayar. (Admin lebih suka PSU yang full modular, tak nak ada sarang tikus kat bahagian bawah casing!)

Single +12V rail

PSU moden lazimnya adalah single rail (kebiasaannya dikenali sebagai ATX12V PSU). Jikalau dibandingkan dengan multi-rail, single rail memberikan kestabilan voltan, memberikan keluaran kuasa (power output) yang maksimum, dan sejurusnya memberikan keserasian kepada hardware. Selain itu, single rail memudahkan kerja pemasangan kabel. Memiliki kestabilan voltan, single rail sangat berguna apabila anda ingin overclock CPU/GPU, di mana anda mampu mendapat voltan yang tepat untuk sistem anda. Pada PSU, biasanya ia dilengkapkan dengan spesifikasi penting mengenai PSU tersebut.

Oleh kerana majoriti PC moden mendapat kuasa elektrik daripada +12V rail, dua rail lain iaitu 3.3 dan 5 V memainkan peranan yang jauh kurang penting. Jadi, sekiranya +12V rail pada PSU boleh memberikan kuasa elektrik secukupnya untuk rig, dan mampu menyumbangkan kuasa elektrik tambahan, maka voltan rendah juga adalah mencukupi. Namun begitu, harus diingatkan bahawa untuk sistem yang menggunakan lebih daripada 550W, multi-rail digalakkan untuk diguna pakai. Penggunaan multi-rail mampu memberikan keselamatan dengan mengurangkan beban terma pada kabel, sejurusnya mengelakkan kabel terlebih panas. Multi-rail bermaksud +12 rail dipecahkan kepada wayar multi-rail.

Demi memahami +12V rail, kita bandingkan spesifikasi dua PSU pada gambar di atas, iaitu A dan B. Kedua-dua PSU tersebut dilabel sebagai 450W. Perhatikan pada PSU A yang dilabel 450W, maximum power output (keluaran kuasa maksimum) pada +12V rail adalah 396W! Manakala PSU B yang dilabel 450W memberikan maximum power output sebanyak 450W! Kebiasaannya antara 80 hingga 95 % daripada jumlah kuasa elektrik perlu disalurkan kepada +12V rail, untuk mengekalkan tenaga yang cukup kepada rig anda.

Efficiency

Apa itu efficiency (keefisienan)? Katakan PSU memberi kuasa elektrik kepada sistem sebanyak 350W, tetapi pada hakikat menarik 430W daripada soket pada dinding rumah anda, ini bermaksud, keefisienan PSU anda adalah sebanyak 350W/430W bersamaan dengan 81.4%. Manakala lebihan 80W daripada 430W, dilepaskan ke udara sebagai haba. Hal ini, boleh memanaskan bilik anda. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun seperti Malaysia. Umumnya, PSU yang berkualiti memiliki pensijilan 80%!

Sementara itu, lebih efisien sesebuah PSU, lebih kurang haba dihasilkan, sejurus itu mengurangkan penggunaan tenaga. Penghasilan haba akibat PSU yang tidak efisien mampu mempengaruhi prestasi PSU dan jangka hayat komponen dalaman. Tambahan lagi, semakin tinggi beban terma, semakin kuat bekerja sistem kipas penyejuk PSU. Oleh itu, bagi PSU yang memiliki tahap efisien yang tinggi, kipas penyejuk PSU tidak mengeluarkan bunyi kuat, kerana kipas berputar pada kelajuan yang rendah. Secara tidak langsung, mengurangkan juga kos bil pendingin hawa.

Protection / Perlindungan

Demi memastikan sistem komputer berfungsi dalam keadaan stabil, perlindungan seperti OCP (Overcurrent Protection / Perlindungan Arus Lebihan), OTP (Over Temperature Protection / Perlindungan Suhu Lebihan), OVP (Over Voltage Protection / Perlindungan Volta Lebihan), OPP (Over Power Protection / Perlindungan Kuasa Lebihan), UVP (Under Voltage Protection, Perlindungan Kurang Volta) dan SCP (Short-circuit Protection, Perlindungan Litar Pintas) direka dalam PSU. Namun begitu, perlindungan ini hanya direka khas untuk unit tersebut dan bukannya untuk sistem secara menyeluruh.

Di samping itu, pastikan PSU memiliki logo/persijilan piawaian dan agensi keselamatan seperti CE, CCC, EAC, TUV, cTUVus, RCM, KC, BSMI. PSU yang baik sekurang-kurangnya memiliki dua jenis persijilan seperti yang telah disebut tadi.

Tips mini

  • Dapatkan spec PSU pada laman sesawang manufacturer. Kebiasaannya pengilang PSU yang sah, memberikan maklumat terperinci secara profesional dalam booklet yang tersedia untuk dimuat turun di laman sesawang mereka.
  • Google dan baca review produk tersebut sebelum membeli. Ramai yang membuat review secara mendalam mengenai PSU, terutama review yang dari segi teknikal.
  • Elakkan membeli PSU yang tiada Efficiency Rating.
  • Semak sama ada Efficiency Rating itu sah atau tidak. Lambakan produk di pasaran menyebabkan pemalsuan produk berleluasa. Anda boleh menyemak Rating di sini:

One thought on “Lima pertimbangan sebelum membeli PSU

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp