Gaming

Overwatch 2 – Antara Perkara yang anda wajib ambil tahu

Overwatch 2 bakal dilancarkan pada 4 Oktober. Terdapat banyak persoalan yang diutarakan oleh para gamer mengenai game ini. Berikut adalah antara beberapa perkara yang admin rasa gamer perlu tahu.

1. In-game Currency

Salah satu perkara berkaitan proses perpindahan dari Overwatch 1 ke Overwatch 2 adalah mengenai In-game Currency. Currency ini boleh digunakan untuk membeli kosmetik Hero Overwatch seperti Skin, Voiceline, Spray mahupun Emote.

Overwatch Legacy Credit & Coins. Sumber: Blizzard Overwatch

Bagi mereka yang menyimpan Overwatch Currency dengan banyak, isu ini bangkit sama ada untuk menghabiskannya dalam Overwatch 1 atau menggunakannya dalam Overwatch 2. Untuk makluman, Currency dari Overwatch 1 akan juga tersedia di Overwatch 2 atas nama Legacy Credit. Selain itu, semua Skin, Voiceline, Intros, dan Emote yang anda peroleh dalam Overwatch 1 akan dipindahkan secara mutlak ke Overwatch 2 dan masih boleh diguna pakai seperti biasa.

Bagi Overwatch 2 pula, Legacy Credit ini tidak boleh anda dapatkan lagi. Sekiranya anda menghabiskan Legacy Credit ini, anda perlu menggunakan Overwatch Coin yang baru. Overwatch Coin yang baru boleh didapati sama ada dibeli melalui micro-transaction atau melakukan Weekly Challenge.

Regular Battle Pass. Sumber: Overwatch Blizzard

Walaupun kebanyakan kosmetik terikat dengan Seasonal Battle Pass, namun masih banyak kosmetik baru dalam Overwatch 2 yang anda boleh beli menggunakan Legacy Credit ini. Untuk makluman juga, Event Skin yang ditawarkan dalam Overwatch 1, tidak akan tersedia dalam Overwatch 2. Oleh itu, bagi mereka yang ingin membawa Event Skin Overwatch 1 ke Overwatch 2, disarankan untuk membelinya secepat mungkin sebelum Overwatch 1 ditamatkan.

2. Old & New Player

Bagi mereka yang memiliki akaun baru (yang tidak pernah main Overwatch 1), and hanya mendapat akses kepada beberapa mod games dan hero. Namun, had ini akan dilonggarkan bagi tempoh permainan sebanyak 100 pertarungan. Semua hero original akan akhirnya tersedia secara percuma kepada First Time Player (pemilik akaun baru). Pemilik akaun baru Overwatch 2 perlu memenangi Quick Play sebanyak 50 kali sebelum Competitive Match tersedia.

Manakala, bagi pemain yang lama (yang pernah main Overwatch 1), akaun anda akan secara automatik dikemas kini kepada Overwatch 2. Gamer yang memiliki Overwatch 1 juga akan menerima Kiriko menerusi Founder’s Pack, yang harus ditebus guna sebelum penghujung musim ke-2 Overwatch 2.

3. Seasonal Battle Pass

Battle Pass tersedia untuk semua pemain secara percuma. Setiap kali anda menyiapkan challenge atau hanya bermain, mata XP akan terkumpul, sejurus itu, membuka kunci Battle Pass secara berperingkat.

Battle Pass Premium. Sumber: Overwatch Blizzard

Bagi Battle Pass yang premium pula, ia memberikan koleksi tambahan kepada Battle Pass yang sedia ada. Sebagai contoh anda juga akan memiliki 20% XP Battle Pass Boost, di samping akan memiliki 1 Mythic Skin, 5 Legendary Skin, 1 Epic Skin, dan juga beberapa kosmetik yang terhad. Pemilik Watchpoint Pack pula akan secara automatik memiliki Season 1 Premium Battle Pass.

4. SMS Registration

Semua akaun Overwatch 2, memerlukan pendaftaran SMS, sebelum memainkannya. Anda perlu mengesahkan akaun battle.net anda dengan nombor telefon bimbit anda.

Blizzard menyatakan hasrat mereka untuk membendung isu mengenai sesiapa yang telah digantung daripada bermain Overwatch untuk kembali bermain. Gamer yang telah digantung daripada bermain Overwatch 2, kerana isu penipuan (cheating / hacking) dapat ditapis di samping menyelesaikan isu Smurfing.

5. Skill Rating

Skill Rating (SR) akan diganti dengan Skill Tier Division dalam Overwatch 2. Lebih kurang sama dengan SR, Tier Division memberikan gamer gambaran akan skill mereka. Pangkat Bronze hingga Grand Master masih lagi wujud, namun setiap pangkat ini memiliki lima bahagian iaitu 5 (paling rendah) ke 1 (paling tinggi). Setiap bahagian ini mewakili ~100 SR. Pemain akan dapat mengemas kini pangkat mereka setiap tujuh kemenangan atau 20 kekalahan.

Overwatch Competitive Progress. Sumber: Overwatch Blizzard

Kurang daripada seminggu sahaja lagi, kita akan dapat bermain Overwatch versi baru. Overwatch yang baru ini mengetengahkan corak permainan 5v5, Hero baru, game mode yang baru dan juga peta baru. Bagi beberapa musim awal ini, game lebih berunsurkan PvP. Namun, bermula tahun 2023, PvE mula diperkenalkan. Bagi yang belum mengesahkan akaun battle.net  dengan nombor telefon bimbit, anda perlulah berbuat demikian secepat mungkin! Selamat bergaming!

Anda juga mungkin menyukai: Overwatch SMS Registration – Cara melakukan pendaftaran

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp