Tips & Tricks

Overwatch 2 – Berlatih menggunakan Custom Game

Selain Quick Play, Arcade atau Competitive, Overwatch 2 juga menawarkan Custom Game. Custom Game memberikan para gamer peluang untuk mencipta game mereka sendiri.

Custom game yang juga dikenali sebagai Workshop ini telah membuka ruang bagi gamer untuk berlatih dalam mengasah skill mereka untuk bermain seseorang Hero. Hal ini demikian kerana Overwatch menawarkan pelbagai Hero yang memiliki pelbagai mekanik.

Sebagai contoh, mekanik game play Dva sememangnya berbeza dengan Zarya. Mekanik Mercy berbeza dengan Ana biarpun mereka tergolong dalam kategori Support. Bagi kategori DPS pula, mekanik Soldier76 pula jauh beza dengan Mei.

Proses untuk memahami mekanik Hero ini memakan masa agak lama. Terutama bagi mereka yang baru sahaja berhijrah ke Overwatch 2 daripada game yang lain. Namun begitu, setelah membiasakan diri, dengan beberapa latihan, muscle memori dan reflex gamer biasanya akan mudah terlatih.

Mekanik seperti ultimate, movement, aim, dan juga membaca  gerak-geri pihak musuh sememangnya sangat penting. Contohnya, DVa bomb jikalau tersalah lontar, ia tidak akan memberi apa-apa impak, bahkan agak membazir. Ataupun, apabila Mercy gagal menggunakan Superjump untuk menyelamatkan diri daripada serangan ultimate Genji.

Oleh itu, kali ini, admin berkongsi tentang cara menggunakan Custom Game untuk menyesuaikan dan melatih diri anda akan mekanik yang ada pada Hero dalam Overwatch 2.

1. Pada bahagian Play, pilih Custom Games

Custom Game Workshop

2. Kemudian, klik + CREATE

Menghasilkan custom game workshop

3. Klik SETTING.

Tetapan custom game

4.  Di bawah Summary, klik IMPORT CODE.

Memuatkan workshop ke dalam custom game milik anda

5. Taipkan kod custom game yang anda inginkan. Kemudian klik OK.

Mercy Workshop code: G50FF

6. Setelah selesai proses import, klik ESC di penjuru bawah kanan.

Proses import berjaya!

7. Kemudian klik START.

Mulakan custom game!

8. Custom Game telah dimuat. Anda boleh mula berlatih!

Mercy Parkour di King’s Road.

Tekan ESC pada papan kekunci jika ingin berhenti bermain custom game! Anda boleh memuat pelbagai custom game Overwatch yang lain, dengan menggunakan kaedah ini.

Berikut pula beberapa contoh custom game dan game code.

Workshop code: V4VZ8

Workshop code: V4VZ8

Melawan Pharah. Custom game ini boleh membiasakan diri anda untuk bertarung dengan Pharah yang sentiasa terbang. Semua hero boleh digunakan. Admin cadangkan anda untuk menggunakan S76 atau DVA.

Workshop code: NVMEE

Workshop code: NVMEE

Kiriko melawan Hero lain. Ini pula custom game untuk membiasakan diri anda dengan kit milik Kiriko. Contohnya Protective Suzu untuk melindungi diri anda daripada DVA Bomb, Sigma Flux, ataupun Cassidy High Noon. Anda juga boleh menggunakan healing ofuda milik Kiriko. Hanya Kiriko sahaja boleh digunakan dalam custom game ini.

Workshop code: VAXTA

Workshop code: VAXTA

Custom Game ini berbentuk Dojo. Anda boleh menggunakan semua hero untuk bertarung melawan AI. Bagi admin, custom game ini boleh membina reflex anda dalam menangani pelbagai musuh pada satu-satu masa.

Workshop code: 6CJXR1

Workshop code: 6CJXR1

Custom game ini pula memberikan anda peluang untuk menembak musuh yang berada di udara. Semua hero boleh digunakan. Custom game ini sememangnya berguna untuk Hero yang berbentuk hitscan seperti, S76, Ashe, Widow, Cassidy, Ana ataupun Sojourn.

Workshop code: MHGGS

Workshop code: MHGGS

Custom game ini pula, memberikan anda peluang untuk merasai melawan AI di First Point Junkertown. Antara AI hero yang ada adalah, Pharmercy, Ashe, Genji, Mei, dan juga Moira. Semua hero boleh digunakan dalam custom game ini.

Workshop code: BBSS0

Workshop code: BBSS0

Custom game ini memberikan peluang kepada mereka yang ingin berlatih untuk melontar DVA bomb! Ia memberikan gambaran akan radius damage DVA bomb dan memberikan gambaran akan capaian bomb tersebut.

Banyak lagi custom game yang anda boleh guna untuk berlatih. Boleh dimainkan dengan rakan dan juga secara santai. Custom game memberikan anda peluang untuk menambah baik gaming skills milik anda!

Anda boleh melawati laman sesawang Workshop.codes untuk mendapatkan lebih banyak kod untuk custom game.

Video berikut pula menunjukkan review oleh KarQ mengenai custom game untuk setiap hero. Video Overwatch lama, namun admin berpendapat ia masih boleh digunakan.

Sumber: KarQ

Lupa pula, di sini Admin nak kata, jangan jadikan Mercy sebagai Healbot. Damage boost milik Mercy lebih berbisa (menyengat gitu…), oleh itu Mercy dikategorikan sebagai Off-healer, dan bukannya Main-healer. Admin harap, suatu hari nanti, akan ada orang Malaysia yang bertanding di Overwatch League! :p Selamat bergaming!

Anda juga mungkin menyukai: Overwatch 2 – Tetapan untuk mendapatkan FPS yang tinggi dan stabil

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp