Gaming

Overwatch 2 Beta: perubahan pada abiliti Mercy dan Moira

Blizzard baru sahaja mengeluarkan kemas kini beta untuk Overwatch 2. Kali ini, dua adi wira iaitu Moira dan Mercy dikemas kini seperti yang telah dijanjikan pada minggu lepas.

Bagi Moira, terdapat perubahan ketara pada abiliti miliknya. Sebelum ini, anda perlu memilih sama ada untuk mengeluarkan healing orb atau damage orb. Ini memberikan dilema kepada pemain dalam membuat keputusan sama ada untuk menyembuhkan (healing) rakan sepasukan atau membunuh musuh yang memiliki HP rendah.

Dilema ini telah ditangani untuk tampalan beta Overwatch 2 beta buat kali ini. Abiliti terbaru Moira dinamakan sebagai Enfeebling Orb yang memiliki reda (cooldown) sebanyak 16 saat yangmenggantikan Damage Biotic Orb. Orb ini akan meledak apabila kena pada musuh atau persekitaran. Musuh yang dipengaruhi oleh Enfeebling Orb akan dilemahkan sebanyak 75% untuk tempoh 4 saat.

Secara berasingan, Healing Orb dikekalkan namun memiliki tempoh reda ditambahkan kepada 10 saat, dan hanya boleh menyembuhkan sebanyak 250 HP. Pengasingan dua Orb yang berbeza ini, membolehkan Moira untuk terus bersaing dalam pertarungan. Namun begitu, mat-gaming harap Moira dilengkapkan dengan abiliti untuk membersihkan kemampuan adi wira musuh lain seperti anti-healing milik Ana atau kebakaran daripada dinamit milik Ashe.

Kelangsungan hidup Mercy bergantung kepada pergerakannya. Antara adi wira yang memiliki lantai kemahiran rendah tetapi mempunyai siling kemahiran yang tinggi, Mercy merupakan antara adi wira yang agak menarik. Tampalan beta kali ini menunjukkan perubahan ketara pada pergerakan Mercy. Guardian Angel (GA) milik Mercy sekarang menunjukkan meter yang boleh dicas apabila GA diaktifkan. Membatalkan GA menggunakan butang lompatan akan melancarkan Mercy ke hadapan, dan bukannya ke udara (Superjump). Manakala apabila anda menekan butang ke belakang, anda akan dilancarkan ke belakang. Untuk melakukan lompatan, anda harus mengubah arah. Tampalan beta kali ini seakan-akan memadamkan kebolehan Mercy dalam Overwatch 1 untuk melakukan Superjump yang dulu dikira sebagai satu bug.

Dapatkan senarai perubahan dalam tampalan kali ini di laman sesawang Blizzard:

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp