Tips & Tricks

Overwatch 2 – Tetapan untuk mendapatkan FPS yang tinggi dan stabil

Overwatch 2 yang berbentuk Free-to-play baru sahaja dilancarkan. Dibina menggunakan game engine yang baru, Overwatch 2 agak berbeza dengan Overwatch 1. Memiliki pelbagai tetapan untuk diubah, agak sukar untuk mendapatkan tetapan yang optimum dalam Overwatch 2.

Menggunakan setting secara default kadang-kadang mengganggu pertarungan bahkan menggugat keupayaan anda untuk bermain secara kompetitif. FPS drop atau FPS yang tidak stabil boleh menyebabkan anda untuk tidak mampu menembak musuh dengan tepat. Kali ini, admin kongsikan tetapan yang optimum, tanpa mengorbankan kualiti game, mahupun memberikan tekanan kepada PC anda.

Video

Klik setting, kemudian klik Video tab.

Tetapan pada Video

Pastikan Display Mode dalam bentuk Fullscreen. Manakala Resolution ditetapkan mengikut monitor anda. Admin menggunakan monitor refresh rate 144 Hz, jadi admin pilih resolusi itu. Tetapkan Dynamic Render Scale kepada OFF, manakala Render Scale ditetapkan kepada CUSTOM, dan In-game Resolution ditetapkan kepada 100%.

Bagi Frame Rate pula, tetapkannya mengikut refresh rate monitor anda, jikalau refresh rate monitor anda adalah 75 Hz, tetapkan Frame Rate kepada CUSTOM dan Maximum Frame Rate kepada 70 Hz. Jikalau refresh rate monitor anda mampu mencapai 144 Hz tetapkan Maximum Frame Rate kepada 140 Hz. Admin menggunakan petua ini: Maximum Frame Rate = Monitor Refresh Rate – 4. Admin menolak lima frame daripada maximum agar memberikan CPU & GPU untuk bernafas dalam pemprosesan gaming frame.

Vsync pula ditetapkan kepada OFF untuk mengurangkan isu input latency. Triple Buffering boleh melancarkan frame rate pada video game dan mengurangkan isu screen tearing. Namun begitu, Triple Buffering boleh menyebabkan isu input latency! Oleh itu, triple buffering juga ditetapkan kepada OFF. Manakala Reduce Buffering ditetapkan kepada ON.

Penggunaan Nvidia Reflex pada Overwatch. Sumber: Nvidia

Nvidia Reflex harus disetkan kepada ENABLED! Ini bertujuan untuk mengurangkan masalah input latency terutama dalam game yang berunsurkan kompetitif. Tetapan ini boleh juga disetkan kepada ENABLED + BOOSTED!

Graphic Quality

Bagi Graphic Quality, admin menetapkannya kepada ULTRA. Texture Quality ditetapkan kepada LOW, dan Texture Filtering Quality ditetapkan kepada HIGH – 4X. Anda boleh menetapkan tetapan-tetapan ini lebih rendah. Tetapi bagi admin, tetapan ini memberikan kualiti video game yang kekal cantik dan sedap mata memandang.

Tetapan pada Graphics Quality Overwatch

Admin setkan Local Fog Detail kepada LOW, OFFkan Dynamic Reflections dan Shadow Detail. Model detail pula ditetapkan kepada MEDIUM. Tetapan-tetapan ini hanyalah bersifat kosmetik dan tidak mengganggu fokus anda kepada pertarungan pvp. Sebagai Widowmaker contohnya, anda tidak akan menilai betapa cantiknya kilauan cahaya pedang milik Genji, tetapi fokus akan menembaknya dengan tepat.

Kualiti game Overwatch mengikut tetapan secara lalai

Effects Detail dan Lighting Quality ditetapkan kepada LOW. Manakala, AntiAlias Quality kepada Medium – SMAA LOW. Tetapan AntiAlias ini admin gunakan SMAA. Biarpun FXAA membolehkan proses penghasilan imej yang cepat namun begitu, FXAA sering kali mengurangkan kualiti imej terhasil. Oleh itu, admin menggunakan SMAA untuk menghasilkan kualiti imej video game Overwatch.  

Bagi Refraction Quality pula, admin tetapkannya kepada LOW. Ambient Occulsion kepada MEDIUM. Anda boleh menetapkannya kepada LOW! Damage FX ditetapkan kepada LOW dan Local Reflections ditetapkan kepada OFF.

Kualiti game mengikut tetapan yang admin guna.

Admin berpendapat tetapan yang admin guna masih lagi mengekalkan reka grafik yang same seperti tetapan yang lalai. Tiada perbezaan yang ketara dari segi grafik asas. Yang berbeza hanyalah adanya tambahan kosmetik persekitaran. Namun begitu, purata FPS yang admin capai adalah lebih stabil iaitu 138.45 dengan julat FPS 134~140. Purata suhu CPU masih lagi rendah dengan nilai 63.2 darjah Celcius. Tetapan lalai memberikan admin FPS pada sekitar 121.43 yang memiliki julat FPS yang agak besar (118~139), dengan purata suhu CPU yang lebih panas iaitu 74.4 darjah Celcius.

Details

Tetapan pada Details Overwatch

Pada tab Detail pula, admin tetapkan semua performance stats kepada ON. Display System Clock juga ditetapkan kepada ON. Tetapan ini membolehkan anda untuk sentiasa memantau prestasi PC anda sewaktu bertarung dalam pvp.

Gameplay

Tidak banyak tetapan pada game play yang admin kongsikan mengenai game play. Admin syokan untuk menetapkan Always Skip Kill Cam kepada ON. Admin berpendapat, ini membolehkan anda untuk mengikuti perkembangan pertarungan rakan sepasukan dengan pihak musuh sewaktu anda balik ke spawn room. Ini memberi anda ruang untuk menghasilkan strategi, mahupun menukar strategi permainan anda.

Kenapa FPS penting? Sumber: Nvidia

Tetapan ini sedikit sebanyak mampu menghasilkan FPS yang stabil dan optimum untuk Overwatch 2. Seperti yang sering kali dinyatakan dalam dunia gaming, high FPS is better. Ini kerana ia memberikan pengalaman gaming yang lebih responsif dan lancar. Admin harap, perkongsian ini mampu menambah baik rentak permainan Overwatch 2 anda. Tetapan anda mungkin sedikit berbeza dari apa yang admin dapat. Jikalau anda rasa tetapan ini masih lagi menghalang anda untuk mencapai nilai FPS yang dikehendaki, anda boleh merendahkan lagi beberapa tetapan tersebut! Harap dapat jumpa anda di GM. Selamat bergaming!

Anda juga mungkin menyukai: HDMI atau Display Port

One thought on “Overwatch 2 – Tetapan untuk mendapatkan FPS yang tinggi dan stabil

Comments are closed.

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp