Perihal (Profile) & Hubungi Penulis (Contact Me)

Hai semua,

Terima kasih sebab sudi melawat blog ini.

Mat (Admin) selalu berimpikan untuk memiliki blog sendiri sejak bangku sekolah lagi, namun tidak berpeluang untuk berbuat sedemikian. Terdapat banyak kekangan yang menghalang Mat untuk membina blog masa dulu. Dulu, Mat duduk di kampung, jadi capaian Internet tidak seberapa. Mat juga kurang arif dalam bidang web development. Atas bantuan dan galakan sahabat baik Mat, Mat beranikan diri untuk menulis dan hasilkan blog ini.

Blog ini lebih berfokuskan kepada perkongsian Mat buat para pembaca. Khususnya dalam dunia online gaming, PC dan teknologi. Mat berpendapat ramai orang di Malaysia masih lagi kurang terdedah mahupun kurang arif mengenai isu ini. Ya, tidak dinafikan ada gamer yang memang otai. Namun Mat lihat terdapat jurang yang ketara antara gamer otai dan yang baru menjinakkan diri dengan dunia gaming ini. Mat pula mula bergaming sejak empat tahun lalu. Mat harap, blog ini sedikit sebanyak menjadi platform mahupun rujukan untuk menambahkan pengetahuan dalam dunia gaming mahupun dunia online ini.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai blog ini dan ruang pengiklanan, anda boleh menghubungi penulis melalui matgamingmaster(at)gmail.com. Anda hendaklah menggunakan kata kunci “Pertanyaan mengenai mat-gaming” di ruangan subject emel. Sebarang emel yang tidak menggunakan kata kunci tersebut tidak akan dilayan sama sekali.

Ikhlas,

Mat

Pemilik blog Mat-Gaming

RSS
WhatsApp