Gaming

Perubahan Mercy, Moira dan kemunculan Fox Girl dalam Overwatch 2

Selepas mengambil kira maklum balas daripada para gamer yang menguji Overwatch 2 Beta, kebolehan Moira iaitu Necrotic Orb ditarik balik. Menurut Blizzard, dengan memiliki tempoh cooldown (tenang) yang panjang, gamer hanya memegang abiliti ini untuk masa yang sesuai. Ini sekaligus, menambah masa cooldown Necrotic Orb. Oleh itu, bermula 11 Ogos untuk Overwatch League (OWL), semua perubahan abiliti Moira, akan dikembalikan kepada yang sebelumnya.

Bagi Mercy pula, perubahan kali ini masih lagi mengenai abiliti pergerakannya. Menurut Blizzard lagi, Superjump dikira sebagai mekanik asas untuk Mercy pada tahap tinggi. Blizzard berpendapat bahawa Superjump perlu disediakan dalam mekanik utama milik Mercy. Guardian Angel milik Mercy yang disertakan dengan panduan arah dalam beta yang lepas, membolehkan Mercy untuk Superjump dengan mendongak ke atas. Namun begitu, Blizzard berhasrat untuk menambah baik mekanik ini. Ini bermaksud, membatalkan Guardian Angel menggunakan crouch (membongkok), akan secara langsung melancarkan Mercy ke udara, tanpa perlu mendongak ke atas.

Blizzard juga memberikan petunjuk akan adi wira baru yang bakal menyertai Overwatch 2. Sewaktu pelancaran peta Kanezaka, terdapat petunjuk mengenai adi wira ini. Komuniti berpendapat bahawa adi wira ini akan ditampilkan selepas Echo, namun ia tidak terjadi. Dalam trailer Ovevwatch 2 baru-baru ini, kebolehan adi wira ini ditayangkan buat beberapa saat, yang komuniti anggap sebagai Fox Girl. Selepas berakhirnya Overwatch 2 Beta, terdapat satu perkataan tersembunyi iaitu, “V2hhdCBkb2VzIHRoZSBmb3ggc2F5Pw==”

Menurut Hazelet, apabila perkataan tersembunyi itu dinyahkod menggunakan format Base64, ia bermaksud, “What does the fox say.” Sekali lagi petunjuk ini merujuk kepada Fox Girl yang dinantikan oleh para gamer Overwatch. Menurut khabar angin, Fox Girl adalah adi wira dalam golongan Support seperti Mercy, Moira, Baptiste, Ana, Zenyatta, Lucio, dan Brigitte.

Lukisan Fox (Musang) pada dinding di Kanezaka. Sumber: Overwatch

Akan ada lagi ujian Beta Overwatch 2? Buat masa kini, Blizzard masih belum mengumumkan akan adanya ujian beta seterusnya untuk Overwatch 2. Overwatch 2 akan dilancarkan pada 4 Oktober 2022, yang bakal menggantikan Overwatch 1. Lebih kurang dua bulan lagi sebelum pelancaran Overwatch 2. Menurut blog milik Blizzard lagi, mereka akan kongsikan lebih banyak informasi dan data yang mereka perolehi dari ujian beta pada minggu yang akan datang.

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp