Gaming

Resident Evil: Project W – 2 survivor dan 1 killer terbaru dalam Dead by Daylight

Behaviour Interactive baru sahaja melancarkan trailer untuk DLC Dead by Daylight yang akan datang. Chapter 25, yang bertajuk Resident Evil: PROJECT W menawarkan tiga karakter baru iaitu dua orang survivor dan seorang killer. Sebelum ini, Behaviour Interactive juga pernah membawa karakter Resident Evil seperti Jill Valentine, Leon S. Kennedy, dan Nemesis ke Dead By Daylight sebagai satu crossover.

Bagi DLC kali ini, dua survivor baru adalah Ada Wong dan Rebecca Chambers, manakala Albert Wesker sebagai killer. Chapter kali ini juga akan sedikit sebanyak mengubah peta Raccoon City Police Department. Ramai peminat memuji peta ini yang menyerupai reka bentuk yang asal seperti yang dilihat dalam filem.

Tidak banyak info dikongsi oleh Behaviour Interactive mengenai perks untuk survivor dan killer kali ini. Namun begitu, terdapat juga desa desus yang boleh kita dapati melalui leaks. Adalah diingatkan bahawa leaks ini masih belum dipastikan lagi, dan Behaviour Interactive berhak untuk mengubahnya sebelum DLC ini dilancarkan pada masa akan datang.

Menurut leaks, Ada Wong memiliki tiga perks iaitu Reactive Healing, Low Profile dan juga Wiretrap.

  • Reactive Healing: Memperolehi penyembuhan pantas apabila menyembuhkan rakan sekutu.
  • Low Profile: Tidak meninggalkan apa-apa jejak setelah menjadi Survivor yang terakhir.
  • Wiretrap: Membolehkannya untuk mengintai Killer.

Bagi Rebecca Chambers, perks miliknya adalah, Better than New, Reassurance dan juga Hyperfocus.

  • Better than New: Menambahkan kelajuan sementara buat rakan sekutu.
  • Reassurance: Menawarkan kelegaan kepada rakan sekutu yang berjuang.
  • Hyperfocus: Melengkapi skill checks dengan pantas.

Bagi Killer baru; Albert Wesker, perks miliknya adalah Superior Anatomy, Awakened Awareness dan Terminus.

  • Superior Anatomy: Kelajuan untuk melompati rintangan seperti dinding dinaikkan apabila survivor melakukan perkara yang sama dalam lingkungan 8 meter.
  • Awakened Awareness: Apabila membawa survivor, anda boleh melihat aura survivor yang lain, yang masih berada dalam lingkungan 16/18/20 meter.
  • Terminus: Apabila pintu keluar dihidupkan, survivor yang cedera, jatuh rebah atau digantung akan dikenakan broken status sehingga pintu keluar dibuka.

Behaviour Interactive baru sahaja menerbitkan Chapter 24: Root of Dread pada 7 Jun 2022 lepas. Buat September 2022 kali ini, Chapter 25: Resident Evil Project W akan diterbitkan. Selepas Chapter 25, Chapter 26 pula dikhabarkan akan diterbitkan tidak lama lagi. Dead by Daylight masih lagi aktif dan menerima pelbagai kemas kini walaupun sudah berusia tujuh tahun.

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp