Peranti Komputer

Resizable BAR: Berbaloi untuk gaming?

Resizable BAR merupakan satu teknologi yang dibangunkan khas untuk GPU milik Nvidia. Teknologi ini menyerupai Smart Access Memory (SAM) milik AMD, di mana ia mampu melonjakkan kemampuan PC anda untuk memproses game dengan lebih lancar.

Apa itu Resizable BAR?

Resizable BAR memberikan laluan kepada CPU untuk mendapatkan kesemua frame buffer pada memori GPU bagi memproses data tersebut dengan pantas. Resizable BAR juga mengurangkan bilangan pemindahan data antara CPU dan GPU dengan hanya membenarkan CPU untuk mengambil data daripada memori GPU ketika perlu sahaja. Ini bermaksud, Resizeable BAR mengurangkan trafik penghantaran data antara CPU dan GPU; sejurus itu, menaikkan prestasi PC anda.

Semakan Resizable BAR pada Nvidia Control Panel

Untuk mengetahui sama ada Resizable BAR diaktifkan pada PC anda, anda boleh klik pada Nvidia Control Panel, kemudian klik System Information (1). Pada System Information, jikalau Yes pada Resizable BAR (2), tetapan ini telah diaktifkan. Sekiranya No, tetapan Resizable BAR dilumpuhkan.

Keperluan Resizable BAR

Resizable BAR secara teknikalnya satu bentuk kemudahan yang disediakan mengikut piawaian PCIe. Ia adalah satu ciri menurut protokol GPU untuk berkomunikasi dengan sistem komputer yang lain; seperti motherboard dan CPU. Umumnya, CPU, GPU dan motherboard diperlukan bagi menyokong Resizable BAR mahupun SAM.

Buat masa sekarang, hanya CPU Intel generasi ke-10 dan generasi baru yang menyokong Resizable BAR. Bagi CPU milik AMD pula, hanya Zen 3 dan Ryzen menyokong fungsi ini. Harus diingatkan juga, hanya sebahagian chipset generasi ke-10 milik Intel yang menyokong fungsi Resizable BAR.

Hanya 30-series GPU milik Nvidia yang menyokong fungsi Resizable BAR. Manakala untuk GPU milik AMD, hanya 6000-series dan ke atas sahaja, yang menyokong fungsi SAM. Anda boleh menyemak senarai motherboard, CPU dan GPU yang menyokong fungsi Resizable BAR di laman sesawang milik pengilang komponen tersebut, seperti Colorful, ASUS, Zotac atau PNY.

Sekiranya kesemua komponen (iaitu motherboard, CPU, GPU) komputer anda menyokong fungsi Resizable BAR ini, anda boleh mengaktifkannya pada menu BIOS/UEFI. Langkah mengaktifkan Resizable BAR ini bergantung kepada jenama motherboard milik anda. Di sini, admin sertakan beberapa pautan ke ASUS, MSI, dan Gigabyte bagi mendapatkan cara mengaktifkan Resizable BAR mengikut jenama motherboard masing-masing.

Adakah Resizable BAR berbaloi untuk gaming?

Ini adalah antara persoalan yang seringkali diutarakan oleh para gamer, apabila fungsi terbaru, dilancarkan oleh Nvidia mahupun AMD atau Intel. Banyak kajian telah dijalankan mengenai kemampuan Resizeable BAR ini dalam menambah baik pengalaman bergaming. Ramai mendapati Resizeable BAR mampu melonjakkan prestasi PC untuk mengendali sesetengah games dengan baik. Pada masa yang sama, untuk beberapa game, Resizable BAR didapati menghindari PC daripada berfungsi secara optimum semasa bergaming.

Kajian mengenai Resizable BAR oleh Hardware Unboxed. Sumber: Youtube

Hardware Unboxed pernah menguji kemampuan Resizable BAR ini untuk beberapa game. Mereka mendapati Resizable BAR mampu melonjakkan prestasi sehingga 19% untuk game Assasin’s Creed Valhalla. Manakala, prestasi berkurangan sebanyak 4% untuk game Death Stranding.

Resizable BAR dan kesannya kepada FPS dalam semasa bergaming. Sumber: Youtube

Terdapat juga Youtube channel lain yang menguji Resizable BAR ini dalam benchmarking test mereka. Rata-rata mendapati Resizable BAR sedikit sebanyak mampu menambah FPS (frame per second) dalam beberapa game yang popular.

Kesimpulan

Admin berpendapat, Resizable BAR adalah satu teknologi yang boleh kita guna pakai bagi menambah prestasi PC dalam bergaming tanpa membeli alatan elektronik tambahan. Namun begitu, anda perlu mengaktifkan teknologi ini secara manual. Hal ini demikian kerana, Nvidia melumpuhkan teknologi ini secara lalai. Sekiranya anda mendapati sebarang isu semasa menggunakan fungsi Resizable BAR, anda boleh memilih untuk menyahaktifkan Resizable BAR kembali dalam BIOS.

Anda juga mungkin menyukai: Lima pertimbangan sebelum membeli PSU

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp