GamingTips & Tricks

Solar Warlock Build – Sunbracers & Solar grenade

Solar Warlock sangat diperlukan ketika menjalankan sesebuah Raid, Dungeon, mahupun Nightfall (Grandmaster). Hal ini demikian kerana, Solar Warlock menyediakan salah satu super yang unik iaitu Well of Radiance yang boleh dikongsi dengan rakan seperjuangan yang lain.

Terdapat banyak build yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan Well of Radiance dalam masa yang singkat. Kali ini, admin kongsikan satu build yang menonjolkan satu eksotik gauntlet milik Warlock iaitu Sunbracers.

Exotic & Super

Sunbracers memberikan anda kebolehan untuk mendapatkan solar grenade dengan lebih kerap. Kills daripada solar melee memberikan anda solar grenade energy yang tinggi untuk seketika. Ini bermaksud, walaupun stats untuk Discipline sangat rendah; anda masih boleh mendapatkan solar grenade dalam sekelip mata, asalkan solar melee kill mampu dicapai.

Well of Radiance adalah super yang unik kepada Warlock kerana ia bukan bersifat serangan ofensif seperti Nova Bomb atau Chaos Reach. Selepas kemas kini baru-baru ini, Well of Radiance tidak lagi memberikan Overshield kepada pengguna mahupun rakan sepasukan.

Namun begitu, Well of Radiance masih menjadi super pilihan utama, apabila menjelangnya fasa DPS melawan bos dalam Raid / Dungeon. Ini kerana Well of Radiance memberikan buff kepada anda dan juga rakan sepasukan, semasa berdekatan dengan Well of Radiance tersebut.

Grenade & Melee

Gauntlet Sunbracers mengetengahkan penggunaan solar grenade, oleh itu, solar grenade wajib diguna pakai. 

Bagi melee pula, Celestial Fire sememangnya disarankan untuk diguna. Admin berpendapat, serangan Celestial Fire lebih berpusat dan tertumpu pada satu sasaran, jikalau dibandingkan dengan Incinerator Snap yang mana nyalaan api tersebar dengan lebih luas. Penumpuan serangan oleh Celestial Fire membantu memastikan kill tercapai.

Aspect & Fragment

Aspect yang admin cadangkan untuk diguna bersama Solar Warlock build ini adalah Touch of Flames dan Heat Rises. Touch of Flames memanjangkan jangka hayat solar grenade anda selepas dilontarkan ke pihak musuh.

Heat Rises pula memudahkan anda untuk melontarkan solar grenade semasa gliding di udara. Heat Rises juga menambah melee energy bagi setiap final blows. Final blows di sini dimaksudkan sebagai serangan yang menghapuskan musuh dalam satu tembakan. Serangan yang hanya mencederakan musuh tidak dikira.

Ember of Char merupakan satu fragment yang sering kali digunakan dalam build bersubkelas solar. Fragment ini membantu untuk menyalakan (Ignite) sesuatu sasaran. Ia kemudiannya membakar (Scorch) musuh-musuh lain yang berada di sekelilingnya. Semakin banyak musuh yang dinyalakan, semakin cepat musuh-musuh ini dikalahkan.

Fragment yang kedua ialah Ember of Eruption. Fragment ini meluaskan lagi kesan nyalaan Solar. Selain itu, ia juga menambah +10 kepada strength iaitu melee stats.

Ember of Searing sememangnya wajib untuk digunakan dalam Solar Warlock build ini. Ia memberikan 20% energy kepada solar melee, selepas menewaskan musuh yang sedang terbakar. Solar melee yang sentiasa tersedia menjamin solar grenade juga tersedia sepanjang masa pertarungan.

Fragment yang terakhir adalah Ember of Benevolence. Fragment ini tidak berapa sesuai untuk pertarungan secara solo kerana ia bergantung kepada adanya rakan sepasukan. Namun begitu, Ember of Benevolence membolehkan anda untuk mendapatkan grenade, class ability dan lebih-lebih lagi melee bagi tempoh masa yang singkat.

Armor Mod / Mod baju perisai

Setelah solar grenade dilontarkan semasa Sunbracers masih aktif, anda perlu mendapatkan melee energy dengan cepat, bagi mendapatkan balik solar melee. Oleh itu, momentum transfer mod perlu digunakan. Momentum transfer mod mampu menambah sehingga 30% cas melee lebih awal. 

Bagi mempelbagaikan sumber cas solar melee, penggunaan Outreach mod boleh digunakan. Outreach membolehkan anda untuk mendapatkan melee energy dengan lebih cepat iaitu sehingga 25% apabila mengaktifkan rift.

Sewaktu mengaktifkan rift, dan Dynamo mod dipakai, anda akan mendapatkan 8% dalam pengurangan super cooldown. Ini bermaksud, Well of Radiance akan tercas dengan lebih cepat.

Ditambah juga dengan penggunaan Font of Wisdom mod dan Elemental Ordnance anda boleh mendapatkan Well of Radiance dalam masa yang lebih singkat. Setiap kutipan solar well membantu anda untuk mendapatkan energy ability milik anda.

Mod yang terakhir dalam build ini adalah Well of Life. Kutipan solar well membantu menyingkatkan lagi tempoh cooldown solar grenade, solar melee, dan juga super.

Walaupun admin rasakan Solar Warlock build ini mengutamakan ability milik Warlock, namun setiap kills menggunakan senjata solar juga sedikit sebanyak memainkan peranan dalam pertarungan. Oleh itu, Font of Might mod juga boleh dipakai. Font of Might membantu menambah +25% damage kepada senjata solar (senjata yang memiliki elemen yang sama dengan subkelas ini).

Weapon / Senjata

Build ini sangat berpaksikan solar. Oleh itu, senjata eksotik yang boleh kita gunakan adalah berunsur solar, seperti Prometheus Lens. Bermula Lightfall, Prometheus Lens juga akan memiliki Incandescent perk. Heavy grenade launcher seperti Parasite juga boleh digunakan dengan solar build ini. Sedihnya, busur eksotik Ticuu’s Divination tidak memiliki apa-apa sinergi dengan Solar 3.0 ini. Admin harap, Bungie akan menala sedikit Ticuu’s Divination agar serasi dengan Solar 3.0 seperti mana, Le Monarque dan Void 3.0, atau Trinity Ghoul dengan Arc 3.0.

Walaupun tidak banyak senjata eksotik yang memiliki sinergi dengan Solar 3.0, legendary weapon seperti Calus Mini-tool dan Strident Whistle adalah antara pilihan yang terbaik untuk build ini.

Calus Mini-tool yang memiliki Origin Trait: To Excess memberikan anda bonus +20 stats kepada discipline dan strength, selepas menewaskan musuh semasa memiliki Super yang telah dicas.

Strident Whistle adalah satu busur berelemen Solar yang juga memiliki perk Incandescent. Setiap kill menggunakan busur yang mempunyai Incandescent ini, akan membakar musuh-musuh di sekeliling.

Senjata yang memiliki perk Puglist juga boleh digunakan bagi mendapatkan solar melee dengan cepat. Melee energy akan terhasil bagi setiap tembakan yang membunuh musuh. Penggunaan perk Puglist ini sememangnya membantu menambah baik build ini sepenuhnya.

Akhir Kata

Solar Warlock build yang menggunakan Sunbracers ini seakan-akan berfokuskan penggunaan melee yang kerap. Namun ia membentuk satu kitaran penggunaan solar melee, solar grenade dan juga super. Tuntasnya, setiap melee hit akan menjana energy untuk solar grenade. Setiap solar grenade kills akan memberi anda elemental well. Setiap kutipan elemental well pula meningkatkan intellect kepada 100 melalui penggunaan Font of Wisdom bagi mendapatkan Super: Well of Radiance dengan cepat. Selamat bergaming!

Anda juga mungkin menyukai: Arc Warlock Build – Renjatan elektrik tanpa henti

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp