Peranti Komputer

Sony MDR-XB55AP Extra Bass – Ulasan/ Review

Sony memang tidak asing lagi dalam industri audio. Dari pembangunan Walkman untuk penggunaan persendirian di 1990 – 2000 hingga ke penggunaan 3D surround headphone di panggung wayang di 2020-an, boleh dikatakan Sony terlibat secara langsung dalam industri ini.

Kali ini admin kongsikan satu ulasan ringkas tentang earphone MDR-XB55AP Extra Bass milik Sony. Maklumlah, admin baru sahaja beli earphone ini di Shopee.

Reka Bentuk

In-Ear Earphone

Seperti kebanyakan earphone hasil ciptaan Sony, MDR-XB55AP Extra Bass ini menggunakan reka bentuk In-Ear Earphone.

In-Ear Earphone kebiasaannya menggunakan putik telinga Silikon (silicon earbuds) bagi memberikan pengasingan bunyi (noise-isolation) yang cukup baik semasa mendengar muzik mahupun sesebuah audio.

Apa itu noise-isolation? Noise-isolation adalah satu ciri pada In-Ear Earphone yang menapis bunyi di sekeliling anda dengan menutup telinga anda menggunakan putik telinga Silikon. Pada masa yang sama, earphone hanya menyalurkan audio secara langsung ke telinga anda.

Sony MDR-XB55AP Extra Bass box.
MDR-XB55AP Extra Bass box. Terdapat anti-tampering sticker pada bahagian bawah kotak.

Oleh itu, Sony MDR-XB55AP Extra Bass membolehkan anda untuk mendengar bunyi muzik yang amat jelas terutamanya di tempat yang ramai orang seperti di LRT atau di tempat-tempat awam.

Terdapat empat saiz earbud yang disediakan bersama MDR-XB55AP Extra Bass. Kepelbagaian jenis earbud yang ringan ini mampu memberikan keselesaan kepada telinga anda.

Wayar

Tidak seperti kebanyakan earphone yang berada di pasaran, wayar MDR-XB55AP Extra Bass ini menggunakan teknologi serat karbon. Teknologi ini mengekalkan keutuhan wayar di samping menjamin earphone ini sentiasa ringan dan selesa untuk dipakai bagi tempoh penggunaan yang panjang.

Selain itu, wayar MDR-XB55AP Extra Bass juga bergerigi bagi mengurangkan isu wayar berselirat atau tersimpul kusut semasa disimpan.

Sony MDR-XB55AP Extra Bass unboxed.
MDR-XB55AP Extra Bass disertakan dengan satu pouch dan juga earbuds pelbagai saiz.

L-Shape Audio Jack

Sony MDR-XB55AP Extra Bass menggunakan L-shape audio jack 3.5mm. Bicu audio yang berbentuk L ini melindungi wayar earphone ini daripada terputus atau rosak secara tidak sengaja semada disimpan dalam saku bersama dengan smartphone.

Berat

Berat earphone Sony MDR-XB55AP Extra Bass ini hanyalah 8 gram sahaja (tidak termasuk wayar). Oleh itu, Sony MDR-XB55AP Extra Bass ini memang ringan semasa digunakan dan ia tidak membebankan cuping telinga anda.

Teknologi dan Kualiti Bunyi

Saiz Speaker

Sony MDR-XB55AP Extra Bass menggunakan teknologi speaker 12 mm. Speaker yang agak besar ini menjamin kelantangan audio yang dikeluarkan jelas untuk didengar.

Bagi admin, yang sering mendengar lagu di Spotify, bass dari earphone ini sangat jelas kedengaran. Admin menggunakan OST Destiny 2: What We Fight For di Spotify untuk menguji kualiti Sony MDR-XB55AP Extra Bass. Tetapan Streaming Quality pada Spotify juga diletakkan kepada High! Bass yang jelas memberikan keseimbangan kepada treble. Admin dapat dengar setiap komponen muzik itu dengan jelas (lebih detail).

Impedance

Walaupun memiliki speaker yang agak besar, namun MDR-XB55AP Extra Bass memiliki impedance yang rendah iaitu serendah 16 ohm. Impedance yang rendah membolehkan Sony MDR-XB55AP Extra Bass ini untuk berfungsi dengan cekap dan mampu menjimatkan bateri fon anda.

Sony MDR-XB55AP Extra Bass earbuds.
MDR-XB55AP Extra Bass memiliki earbuds untuk noise-isolation bagi memastikan audio lebih sedap untuk didengar.

Sensitiviti

MDR-XB55AP Extra Bass memiliki sensitiviti sebanyak 110 dB/ mW. Sensitiviti ini agak tinggi dan boleh dikira sebagai kelas atasan. Semakin tinggi nilai sensitiviti ini, semakin sensitif untuk speaker menghasilkan gelombang bunyi. Justeru itu, biarpun volume ditetapkan adalah rendah, anda masih boleh mendengar audio daripada Sony MDR-XB55AP Extra Bass dengan baik.

Mikrofon

Tidak banyak komen mengenai mikrofon earphone ini, kerana admin menggunakan Sony MDR-XB55AP Extra Bass ini khas untuk mendengar lagu, atau menonton Youtube/ Netflix. Kualiti mikrofon MDR-XB55AP Extra Bass hanyalah biasa. Semasa menggunakannya untuk Discord, Messenger, ataupun Whatsapp call, tiada rungutan daripada kawan-kawan admin akan kualiti suara admin.

Perbandingan

Sebagai perbandingan MDR-XB55AP Extra Bass, Sony juga menawarkan model earphone yang lain. Antaranya ialah MDR-EX155, dan juga MDR-EX15LP. Admin berkesempatan untuk menguji earphone ini di Sony Centre sebelum memilih untuk membelinya secara online.

Bagi admin, MDR-XB55AP Extra Bass memenuhi kriteria yang admin inginkan iaitu: memiliki bass yang padu, treble yang lantang, wayar yang durable (tahan lama), selesa untuk dipakai. Audio yang dikeluarkan juga tidak pecah.

Harga

Walaupun agak mahal, bagi admin, jikalau dibandingkan dengan beberapa earphone yang murah di pasaran, admin sanggup berbelanja sejumlah wang bagi memastikan kualiti audio yang didengar adalah baik. MDR-XB55AP Extra Bass jikalau dibeli di Sony Centre, harganya dalam RM179. Manakala jikalau dibeli di kedai PC, harganya boleh mencecah RM200. Namun begitu, jika dibeli di Sony Official Store, harganya serendah RM129.

Akhir kata

Admin pernah terbeli earphone yang murah, yang mana audionya pecah, dan bunyinya tidak jelas kedengaran, walaupun admin berada di tempat yang sunyi. Oleh itu, admin dah serik, dan berhasrat untuk lebih berhati-hati dalam memilih earphone.

Orang kata; alah membeli, menang memakai. Sony MDR-XB55AP Extra Bass sememangnya berbaloi untuk dibeli. Namun begitu, jika bass bukanlah ciri utama yang diinginkan, anda boleh mendapatkan MDR-EX155. MDR-EX155 adalah versi MDR-XB55AP tanpa Extra Bass yang agak diturun taraf.

Bagi mereka yang masih ragu-ragu, admin cadangkan untuk menguji MDR-XB55AP Extra Bass ini di Sony Centre yang berdekatan.

Anda juga mungkin menyukai: Spotify Premium: berbaloi atau tidak?

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp