Gaming

Steam Halloween Sale: Jualan murah game dengan diskaun sehingga 70%

Steam Halloween sale bakal berlangsung pada minggu ini. Jualan murah ini biasanya berlangsung selama seminggu.

Kebiasaannya Valve tidak mengumumkan mahupun berkongsi akan jualan murah ini. Namun begitu, jualan murah ini dijangka akan bermula pada 12 AM, 26 Oktober (waktu Malaysia) hingga 02 November (waktu Malaysia).

Resident Evil 4

Game seperti Dead by Daylight, Resident Evil, Little Nightmares, Phasmophobia, dan Mortuary Assistant kebiasaannya dijual secara diskaun ketika Steam Halloween sale! Walaupun jualan murah Steam Halloween mengetengahkan game yang berunsur seram, game-game lain juga ditawarkan pada harga diskaun.

Game Resident Evil sedang dijual secara diskaun. Sumber: Steam

Kebanyakan game akan dijual dengan harga diskaun sehingga ~70%. Oleh itu, ini adalah masa yang terbaik untuk mendapatkan game pada harga mampu milik.

Dead by Daylight

Anda boleh menyemak Wishlist dalam akaun Steam anda, sama ada game yang anda inginkan dijual pada harga diskaun.
Sekiranya anda masih lagi tertanya-tanya akan mana-mana game yang menarik, anda juga boleh melayari laman sesawang Steam Chart.

Jualan murah Steam seterusnya akan diadakan pada penghujung bulan November sempena jualan murah Black Friday.

Anda juga mungkin menyukai: Cara beli game di Steam store guna TouchNGo ewallet

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp