Ulasan / Review

The First Descendant – Ulasan / Review

The First Descendant bakal dilancarkan tidak lama lagi. Antara game yang dinanti-nantikan oleh para gamer, The First Descendant adalah sebuah game free-to-play yang dibangunkan oleh Nexeon Games; iaitu sebuah syarikat gaming di Korea Selatan.

Admin berpeluang untuk menguji game ini sewaktu Beta Test yang telah dilancarkan baru-baru ini. Seperti Warframe dan Destiny 2, game ini memberikan anda peluang untuk bermain secara solo, ataupun secara berpasukan (maksimum 4 orang). Game yang berbentuk looter-shooter ini memberikan anda peluang untuk menyelami sebuah dunia fiksyen terbuka.

First Time Impression

First Descendant Official Trailer

Berkisah fiksyen sains, dunia sejagat dijajah oleh makhluk asing. Anda sebagai Descendant hendaklah melindungi dunia, dengan bertarung bagi mengusir makhluk yang dikenali sebagai Vulgus. Dengan pelbagai karakter yang memiliki pelbagai kemahiran dalam pertarungan, The First Descendant menyajikan anda satu pengalaman gaming yang menyeronokkan. Sekilas pandang, game ini mengingatkan admin akan Halo; yang juga sebuah game berunsur sains fiksyen.

Tangkapan skrin The First Descendant game play.

First time impression, admin berpendapat inilah game yang terbaru. Kualiti grafik dari segi alam persekitaran dan karakter kelihatan sangat realistik! Setiap pokok mahupun rumput nampak seakan-akan hidup. Suasana yang amat menarik untuk diteroka oleh para gamer. Manakala, bagi ambient music pula, admin rasa ianya hanyalah pada tahap average, dan tidaklah begitu menyerlah. Karakter juga kedengaran hanya mampu menuturkan beberapa voicelines sahaja. Untuk makluman juga, dengan menggunakan Unreal Engine 5, The First Descendant menyokong fungsi DLSS, FSR2.1 dan XeSS.

Game Play

Lepic, Viessa dan Ajax

Pada mulanya anda diberikan untuk memilih satu karakter daripada tiga. Sama ada, Lepic, Viessa ataupun Ajax. Setiap karakter ini memiliki keupayaan yang berbeza. Anda kemudian akan diberikan pelbagai misi untuk menaik taraf kemahiran tempur Descendant milik anda. Menyelesaikan misi tidaklah serumit yang admin fikirkan.

Anda juga akan diberi panduan dalam menyelesaikan misi-misi tersebut! Anda boleh tukar Descendant anda kepada yang lain sebelum menjalankan misi! Harus ingat bahawa, hanya Lepic, Viessa dan Ajax yang tersedia pada awal game. Descendant yang lain boleh didapati setelah menyelesaikan beberapa misi berikutnya.

Admin berpeluang menguji The First Descendant.

Mekanik game dalam The First Descendant agak mudah untuk difahami biarpun terdapatnya kepelbagaian dalam aktiviti menembak dan serangan. Tidak ada masalah untuk admin membiasakan diri. Namun begitu, proses menaik taraf kemahiran tempur, senjata dan juga character level agak rumit untuk difahami atau dilakukan.

Senjata pula, pada pendapat admin, agak membosankan dan agak generik. Diharap untuk kemas kini akan datang, Nexeon akan mempelbagaikan lagi mekanik senjata dalam The First Descendant.

Selain daripada Keyboard and Mouse, The First Descendant juga menyokong fungsi kontroler. Aim-assist untuk kontroler juga tersedia di dalam game ini. Sokongan fungsi kontroler ini juga menunjukkan bahawa The First Descendant akan tersedia di Playstation dan juga Xbox.

Potensi

Game ini masih lagi di tahap Beta! Namun, ia memberikan anda, kualiti grafik yang baik, disertakan dengan mekanik game yang menarik. Persoalannya, apa lagi yang boleh ditawarkan dalam game ini? Bagi Destiny 2, kelangsungan hidupnya adalah melalui penceritaan jalan ceritanya, di mana setiap musim (seasonal content) dan DLC mengetengahkan jalan cerita baru, umpama mengikuti perkembangan filem animasi.

Warframe pula menawarkan DLC bagi menampung kelangsungan hidup game tersebut. Genshin Impact pula mengetengahkan dunia baru selang beberapa bulan. Buat masa sekarang, admin masih lagi tertanya-tanya akan pembangunan The First Descendant di masa hadapan.

The First Descendant World Map

The First Descendant sudah pun tersedia di Steam, anda boleh tandakannya sebagai Wishlist. Buat masa kini, belum ada tarikh keluaran rasmi. Admin belum lagi explore game ini secara habis-habisan. Jikalau berdasarkan peta, banyak lagi wilayah yang masih belum diteroka oleh admin! Admin berpendapat, game ini mempunyai potensi besar untuk dikembangkan dan mampu menawarkan pengalaman gaming menyeronokkan.

Anda juga mungkin menyukai: Akan lebih banyak game Playstation tersedia untuk PC

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp