Gaming

Ubisoft menamatkan perkhidmatan dalam talian untuk game lama

Pada akhir tahun ini Ubisoft akan menutup semua perkhidmatan dalam talian untuk beberapa game lama.

Bukan sesuatu yang asing untuk industri gaming menutup servis online. Penamatan khidmat dalam talian bermaksud, para gamer tidak lagi dapat bermain multiplayer game dan mengakses semua fungsi dalam talian. Di samping itu, gamer tidak lagi dapat memasang DLC, sekiranya game tersebut sudah diterbitkan untuk satu jangkat hayat. Ubisoft merupakan antara syarikat besar dalam penerbitan game dan memiliki pelbagai tajuk yang popular.

Antara game popular terbitan Ubisoft.

Penutupan servis ini hanya dilakukan kepada tajuk original sahaja, manakala perkhidmatan dalam talian bagi game yang sudah remaster seperti Far Cry 3, dan Assasin’s Creed 3 tidak akan terjejas. Semua servis dalam talian ini akan tamat perkhidmatannya pada 1 September 2022.

Untuk senarai penuh game yang akan ditamatkan servis dalam talian, kilik pautan di bawah:

Tajuk popular seperti Assasin’s Creed Brotherhood, Far Cry 3 (Terbitan 2012), Prince of Persia: The Forgotten Sands juga termasuk dalam senarai game yang akan ditamatkan perkhidmatan servis dalam talian. Pengumuman ini mendapat reaksi negatif daripada para peminat. Ramai gamer meluahkan rasa kecewa akan keputusan Ubisoft ini.

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp