GamingTips & Tricks

Warlock dan Contraverse Hold build

Warlock adalah satu daripada tiga kelas karakter dalam game Destiny 2. Seakan-akan ahli sihir, Warlock boleh dikenali dengan pemakaian baju jubah yang panjang dan Warlock Bond (lilitan kiri lengan).

Menggunakan subkelas seperti Dawnblade (Solar), Stormcaller (Arc), Voidwalker (Void) dan Shadebinder (Stasis), Warlock memiliki gaya permainan yang tersendiri. Tiada masalah untuk menjadi seorang Warlock-main. Namun, untuk menguasai segala kemahiran Warlock, anda memerlukan pemahaman yang agak mendalam dalam mengoptimumkan permainannya.

Kali ini admin berkongsi mengenai satu Warlock built yang mengetengahkan penggunaan elemen Void dan sarung tangan Contraverse Hold. Semenjak beberapa musim lepas, penggunaan elemental mod adalah satu kemestian dalam pertarungan.

Contraverse Hold & Super

Contraverse Hold dan Super

Sarung tangan Contraverse Hold memiliki ciri-ciri unik di mana anda memiliki daya ketahanan daripada serangan sewaktu mengecas Void grenade. Void grenade yang telah dicas pula; akan memberikan anda kembali tenaga Void grenade. Sekiranya dilakukan dengan baik, anda akan memiliki Void grenade tanpa had.

Bagi memaksimumkan penggunaan elemen Void ini, anda boleh menggunakan Nova Bomb. Cataclysm atau Vortex boleh diguna pakai dalam built ini. Ini kerana Nova Bomb mampu memberikan burst damage kepada boss pihak musuh dalam masa yang singkat.

Grenade & Melee

Admin menggunakan Vortex grenade dalam built ini. Penggunaan Scatter Grenade juga sesuai. Ini kerana, Void grenade memiliki masa cooldown yang singkat semasa memakai sarung tangan Contraverse Hold. Anda hanya perlu lontarkan Void grenade ke musuh kecil yang memiliki HP yang rendah. Bagi melee pula, admin menggunakan Pocket Singularity. Melee ini membantu anda melemahkan pihak musuh dengan mengenakan kesan Volatile kepada mereka.

Aspect & Fragment

Salah satu daripada aspect yang admin guna, adalah Chaos Accelerant (memberikan anda 1 slot fragment). Apabila grenade dicas, ia menjadi lebih kuat dan mampu membunuh lebih banyak musuh. Chaos Accelerant membesarkan saiz di samping memanjangkan tempoh letupan Vortex grenade selain menarik masuk musuh bersama. Oleh itu, Vortex grenade dan Chaos Accelerant aspect adalah sangat sesuai untuk digunakan bersama sarung tangan Contraverse Hold.

Aspect yang lain pula adalah Feed the Void (memberikan anda 2 slot fragment). Fragment ini membolehkan anda untuk mengaktifkan devour setelah membunuh pihak musuh. Sewaktu status devour aktif, membunuh musuh membantu untuk menjana semula HP anda. 

Bagi fragment pula, Echo of Instability boleh diguna pakai untuk built ini. Menewaskan musuh menggunakan void grenade, memberikan volatile kepada senjata yang berelemen Void. Selain itu, Echo of Undermining juga digunakan. Fragment ini membolehkan anda untuk melemahkan musuh dengan Void grenade. Fragment yang terakhir adalah Echo of Undermining. Fragment ini membantu anda untuk mendapatkan tenaga Void grenade, dengan menewaskan musuh menggunakan melee.

Armour Mod / Mod Baju Perisai

Banyak armor mod yang sesuai untuk built ini. Namun begitu, mod yang paling penting untuk diguna pakai adalah Elemental Ordnance. Semasa memakai mod ini, sewaktu mengalahkan musuh menggunakan Void grenade, anda akan menjana elemental wells. Satu lagi mod yang penting adalah Bountiful Wells. Mod ini menggandakan jumlah elemental wells yang anda jana. Ini membolehkan anda untuk mendapat bekalan elemental wells yang cukup semasa dalam pertarungan.

Mod Bomber juga digunakan dalam built ini. Ini kerana, bomber membolehkan anda untuk mengumpulkan tenaga Void grenade, setiap kali anda menggunakan Rift. Void grenade yang telah dicas mampu menewaskan ramai musuh, oleh itu Ashes to Assets mod sememangnya baik untuk digunakan. Dengan cara ini, anda mampu mendapatkan Super dengan lebih cepat.

Dua lagi mod yang penting untuk diguna pakai adalah Font of Wisdom dan Font of Might. Font of Might menambah lagi kecepatan anda untuk mendapatkan Super, setiap kali anda mengumpul elemental wells. Font of Might pula memberikan buff DPS sebanyak 25% kepada senjata yang sepadan dengan elemen subkelas anda guna.

Harus diingatkan bahawa, mod-mod yang admin cadangkan di sini adalah asas untuk build ini. Anda boleh menambah lagi mod-mod yang lain demi memaksimumkan penggunaan armour slot.

Weapon / Senjata

Admin kebiasaannya menggunakan busur (bow) eksotik Le Monarque sebagai energy weapon kerana panahnya berelemen Void yang boleh menyebarkan kesan volatile kepada musuh yang berdekatan dengan sasaran. Namun begitu, sekiranya anda tidak memiliki Le Monarque, busur seperti Under Your Skin ataupun SMG (submachine gun) seperti Funnelweb yang berelemen Void boleh diguna pakai.

Namun begitu, sekiranya anda tidak memiliki senjata void seperti yang admin cadangkan, anda boleh menggunakan senjata yang lain. Senjata yang memiliki intrinsic perk seperti demolitionist memberikan anda peluang untuk mengukuhkan lagi penggunaan grenade. Hal ini demikian kerana, demolitionist adalah satu intrinsic weapon perk yang memberikan anda grenade energy selepas membunuh pihak musuh dengan senjata tersebut. Banyak senjata yang memiliki perk demolitionist yang boleh anda guna untuk built ini. Austringer (Hand cannon) dan Thermal Erosion (Machine Gun) adalah antara senjata yang memiliki perk ini.

Akhir Kata

Admin berharap perkongsian ini mampu menambah baik pengalaman bergaming anda dalam Destiny 2. Banyak lagi built lain yang anda boleh cuba. Bagi yang masih belum memiliki armor mod, anda boleh mendapatkannya dari Ada-1. Dia menjual pelbagai jenis armor mod setiap hari.

Anda juga mungkin menyukai: Cara mendapatkan stats yang optimum untuk watak Destiny 2 anda

One thought on “Warlock dan Contraverse Hold build

Comments are closed.

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp