Gaming

Vantage: karakter baru Apex Legends

Apex Legend baru sahaja memperkenalkan karakter ke-14, yang dikenali sebagai Vantage. Lebih awal daripada permulaan musim ke-14, Respawn Entertainment terpaksa memperkenalkan Legend terbaru akibat khabar angin yang dikeluarkan secara tidak sengaja.

Vantage adalah seorang perempuan yang dibesarkan oleh ibunya di sebuah planet ais, Pagos. Mendiami planet terpencil, Vantage yang juga dikenali sebagai Mara hidup sebagai seorang hunter (pemburu) dengan memiliki senapang sniper.

Dikategorikan sebagai Recon Legends buat masa sekarang (tertakluk pada perubahan akan datang), Vantage adalah seorang anggota perisikan dalam pertempuran, dengan memberikan maklumat mengenai lokasi pihak musuh. Memiliki senapang sniper, Vantage boleh menanda pihak musuh agar mampu dilihat oleh rakan sekutu.

Apex Legend musim ke-14 akan bermula pada Selasa, 9 Ogos. Walaupun maklumat mengenai musim ke-14 masih terhad, namun khabar angin mengatakan bahawa musim baru ini akan dikenali sebagai Hunted. Apex Legend adalah game yang percuma dan tersedia di Steam.

Tinggalkan Balasan

error

Mohon share ye! :)

RSS
WhatsApp